KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110629

KEDAI REMPAH ONLINE MAZ dan SHAI

Dapatkan Rempah Mak Pon Muar Di Sini!

Mee Bandung, Mee Rebus, Soto, Ikan Bakar & Asam Pedas ! Sedap!

Diusahakan Oleh Perusahaan Orang Kampung (Iks)

Kini Semua Orang Boleh Memasak. Tempahan Dibuka Sepanjang Masa.

Hubungi :
Shaiful Hafiz Bin Yahya
HP: 012-9789529
http://rempah2u.blogspot.com

Kuliah Dato Arshad 1 Julai 2011 Senawang



KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Jumaat, 1 Julai 2011, Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
http://suraualamanda.blogspot.com/

Ceramah Ust Zaidi Ramli 2 Jul 2011 Senawang



CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 2 Julai 2011, SABTU
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli (bekas Timbalan Mufti, N.Sembilan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)

Semua dijemput hadir

Bob Lokman di Senawang 7 Julai 2011 ini



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS
Masa : 9 malam
Tempat : Senawang, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Pengerusi SAMM

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Semua dijemput hadir

20110628

Ceramah Isra Miraj 30 Jun 2011 Seremban



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Tarikh : 30 Jun 2011, Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya (Fasa 1), Senawang
Penceramah : Ustaz Norazman bin Mohamad


Semua dijemput hadir

Jom bantu warga Miskin di Seremban



KEADILAN Cabang Seremban dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat mengalu-alukan sumbangan anda untuk menjayakan program bantuan kepada fakir miskin di kawasan itu.

Pada Ramadhan lalu, mereka menyumbangkan keperluan makanan asas kepada kira-kira 122 warga miskin di kawasan itu.

“Pada tahun ini, kami mensasarkan untuk mengumpulkan pakej sumbangan makanan kepada 150 keluarga miskin di kawasan ini.

“Sehubungan itu, saya merayu sokongan semua teman dan masyarakat bagi menjayakan program ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.com.

Program Sumbangan Makanan Asas adalah seperti berikut :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak Botol
6. Sardin Tin
7. Teh / Kopi / Milo
8. Biskut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Khalid – Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sikamat, Tel : 017-6199275
Hj Khidir – Bendahari cabang Seremban, Tel: 013-3687695
atau Aminuddin Harun : 019-6510167 , Blog http://aminuddinharun.blogspot.com/

Sumbangan melalui bank :
Nama akaun Parti Keadilan Rakyat Seremban
Bank : Bank Islam (Cawangan Port Dickson)
No akaun : 05-049-01-0013694

Sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=15992

Khidmat Pengiklanan, Nine Over Ten Dot Biz



Nine Over Ten Dot Biz, mencetak dan mengedar majalah iklan Nine Over Ten dengan kadar istimewa, dalam usaha untuk membantu semua usahawan IKS mempromosi produk mereka.

Edisi Majalan Pengiklanan Nine Over Ten edisi terdekat akan di keluarkan sebelum Expo Peladang 2011, peluang terbaik untuk usahawan yang menyertai Expo Peladang untuk mempromosi produk mereka.

Sila rujuk kadar pengiklanan dan maklumat lanjut pada Blog Usahawan Negeri Sembilan di http://usahawann9.blogspot.com/2011/06/khidmat-pengiklanan-nine-over-ten-dot.html

20110626

BERSIH



SELOKA CAK KUN CAK (nyanyian Tan Sri SM Salim dan M Nasir)

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita ramai terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Keras semangat kerana bangsa
Gerak semangat kerana bangsa

Dialog itu orang dulu, berani rajin

Kelekaan jangan dikenang
Lautan juga kelak direnang
hampir tinggal sehelai benang
bencana sengaja dipinang
jika perhati bangsa dagang
kapak beliong,di tangan memegang
kekayaan hendaklah diregang
akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termasyhur
usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

laallalala

kulitnya BERSIH, hatipun BERSIH
budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya besih, hatipun BERSIH
memikul belati tiada yang memilih

Jadikan besih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan BERSIH, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih

hohoohoh

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

20110625

Lagi Gempa Bumi Lemah di Malaysia, Titik Gempa Makin Hampir



Gempa Bumi Lemah Landa Ranau, Sabah
Jumaat Jun 24, 2011
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku kira-kira 40 kilometer di tenggara Ranau, Sabah pada 10.39 malam Khamis.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gegaran mungkin dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa.- BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/24/mstar_berita/20110624095020&sec=mstar_berita

Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia, Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam. Maklumat lanjut titik gempa semakin menghampiri Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html

Kronologi atau beberapa kejadian gempa bumi di Malaysia sebelum ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/lagi-gempa-bumi-di-malaysia-27-april.html

Maksiat di Malaysia Semakin Hari Mengundang Bala, kisahnya di http://waghih.blogspot.com/2011/06/hayati-isra-miraj-tak-perlu-pendidikan.html

Seminar Perubatan Islam 9 Julai 2011 di N.Sembilan



SEMINAR PERUBATAN ISLAM
Tarikh : 9 Julai 2011, SABTU
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Dewan Besar ITQAN, Gemencheh, N.Sembilan

Pembentang Kertas Kerja :
Ustaz Abdul Rashid Ahmad ( Perawat Kanan Darul Syifa' http://www.darussyifa.org/ )
Ustaz Mohd Fauzi Mustafa (Al Kuliyyah TV3 , Perawat Darul Syifa' )

Yuran RM 10 sahaja

Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Abdul Ghani 012-6761187

Anjuran bersama Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) dan Darussyifa’

Kepada pengikut dan peminat Ustaz Hambali



Kepada pengikut, peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali Ustaz Hambali dari Seremban, alamat blog beliau ialah di http://al-alorstari.blogspot.com/

20110624

Hayati Isra Miraj, tak perlu Pendidikan Seks



Khutbah Jumaat JAKIM - 24 Jun 2011. KEBENARAN DALAM ISRA’ MIKRAJ
Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka.

Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

Budaya hidup berzina terus menjadi isu panas di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kes-kes pelacuran, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan. Walaupun budaya keji ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya Islam sahaja yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina.

Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita.

OBJEKTIH PENDIDIKAN SEKS UNTUK CEGAH HAMIL BUKAN CEGAH ZINA
Objektif pendidikan seks di negara barat adalah untuk mengelakkan kehamilan apabila berzina di kalangan remaja seperti dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html

PELATIH PLKN DAN PELAJAR SEKOLAH DI AJAR PENDIDIKAN SEKS
Pelatih PLKN dan pelajar sekolah seluruh Malaysia kini di ajar dengan Pendidikan Seks, kisahnya pada pautan berikut :
http://amkns.blogspot.com/2011/06/yahoo-kini-pendidikan-sek-di-kem-plkn.html
http://amkns.blogspot.com/2011/06/seronoknya-pendidikan-seks-di-sekolah.html

MAKSIAT UNDANG BALA
Utusan Malaysia 22 Jun 2011
SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

PANTAI MAKSIAT
Harian Metro 20 Jun 2011
PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.
http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/

TITIK GEMPA BUMI KIAN HAMPIRI MALAYSIA
Kajian mendapati titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia. Kisahnya di http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html

Tek Khutbah sepenuhnya di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/kebenaran_dalam_isra_mikraj_rumi.doc

Beras Fidyah Diperlukan



Sekiranya ada di antara tuan/puan ingin menyumbangkan beras fidyah tetapi tidak mampu untuk mengagihkannya, bolehlah disalurkan kepada TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN (TAYT) kerana TAYT mempunyai ramai golongan asnaf yang memerlukan.

Sila hubungi 016-3283909 ( Puan Mahawa binti Pilus Pengasas TAYT )

Maklumat lanjut di http://tabungtampin.blogspot.com/2011/06/beras-fidyah-diperlukan.html

Dipanah petir ketika berbalas SMS di Terengganu



Tiga pengsan dipanah petir

JERTIH - Tiga daripada 12 sahabat yang berteduh hujan di sebuah wakaf di Kampung Durian Telor, Pasir Akar, Hulu Besut dekat sini kelmarin cedera dan pengsan apabila terkena kesan panahan petir yang menyambar sebatang pokok di tepi wakaf itu.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, ketiga-tiga mangsa iaitu Mohd. Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail, 15, dan Mohd. Zailani Keria, 23, dikatakan berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Kosmo 24 Jun 2011
--

Malaysia adalah merupakan negara panahan petir yang kedua tertinggi di dunia. Maklumat lanjut di Blog Fenomena Petir dan Kilat di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

20110623

Kalau gout jangan minum air kosong yang ...



Baru-baru ini saya kena serangan gout di kaki yang teramat sakit buat pertama kali sehingga saya terpaksa mengambil cuti sakit sehari dan begitu sukar untuk bergerak. Beberapa hari selepas itu sakit mula reda selepas mengambil ubat dan menjaga pemakanan. Namun selepas seminggu saya mengalami sakit gout yang sederhana.

Agak menghairankan, walaupun menjaga pemakanan, tidak memakan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, banyak makan sayur daun hijau kecuali bayam, mengelakkan kekacang dan banyak minum air kosong sekitar 2 liter sehari masih terkena gout.

Ada sesuatu yang tidak kena, apa kah ianya mengandungi hikmah? Selepas puas berfikir, diilhamkan saya perasan sepanjang minggu ini dan sebelum saya kena serangan yang pertama, saya banyak minum air kosong yang diproses dan dibotolkan secara komersial.

Lalu saya membuat ujian kertas pH ke atas air ini, dan mendapati pH ialah 5, iaitu berasid, amat tidak baik untuk mereka yang ada gout. Air kosong yang sepatutnya diminum banyak sebagai penawar , kini menjadi racun pula untuk pesakit gout.

Kemudian saya buat ujian ke atas air paip, mendapat pH antara 6 dan 7, di mana piawaian sesetengah negara untuk air paip ialah antara 6.5 ke 8.5.

Disebabkan tidak tahan sangat sakit, saya cuba mencari air yang beralkali untuk menutralkan asid dalam badan saya. Saya cuba satu jenama air , ujian pH saya dapati antara 7 dan 8, hampir kepada pH air Zam zam yang pH ialah 7.9 ke 8.0. Alhamdulillah setelah saya minum air tersebut dan berhenti minum air yang dibotolkan tadi sakit gout saya mula reda, hanya dengan izin Allah.

Mungkin itulah hikmah kenapa saya terkena serangan gout yang akut.

Ujian diatas bukan dijalankan secara klinikal dan hanya atas diri saya. Ujian yang lebih sempurna perlu dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan yang mempunyai banyak fasiliti, peralatan, makmal, kepakaran, sumber manusia dan sumber kewangan.

Jadi kalau sesiapa yang ada gout atau demam kalau sebelum ini doktor kata kena banyak minum air kosong, kena tambah lagi kena banyak minum air kosong yang tidak berasid.

Sedikit fakta mengenai air Zamzam, baru-baru ini ayah saya dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan jantung, didapati tiga saluran tersumbat, walhal ayah baru balik dari Mekah mengerjakan umrah dalam keadaan semput dan tidak sihat. Kemungkinan kadar pH air Zamzam yang beralkali serta mengandungi mineral lain yang dikurniakan Allah antara faktor kenapa ramai yang merasa segar apabila melakukan haji dan umrah.

Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Zamzam water has no colour or smell, but it has a distinct taste, and its pH is 7.9–8.0, indicating that it is alkaline
http://www.theindependentbd.com/faith/41832-zamzam-a-living-miracle.html

List of National Secondary Drinking Water Regulations
pH 6.5-8.5
http://water.epa.gov/drink/contaminants/

Adakah wabak Tibi di Malaysia, Senjata Biologi?



Adakah penyakit Tibi atau Batuk Kering kemungkinan serangan senjata biologi sepertimana kemungkinan penyakit lain seperti H1N1, Adenovirus, Melioidosis, Leptospirosis, Kencing Tikus dan sebagainya? Kelmarin kawan saya kata dia temankan rakannya ke Perak kerana abang rakannya itu dalam keadaan kritikal akibat penyakit Tibi.

Kawan saya kata lagi di taman sebelah pun ada orang sakit Tibi. Sebelum ini di taman perumahan saya pun ada pesakit Tibi yang saya tulis sebelum ini bertajuk Bala Wabak Tibi sedang melanda negara di http://waghih.blogspot.com/2011/05/bala-wabak-tibi-sedang-melanda-negara.html

Jika ada menteri mendakwa penyakit Tibi ini berpunca dari pendatang asing tanpa izin atau PATI, tak ada pula kedengaran mana-mana kawasan penempatan PATI ini ada wabak Tibi.

Adakah Kementerian Kesihatan kita mempunyai petugas khas untuk menghadapi kemungkinan serangan senjata biologi ?

Adakah Kementerian Pertahanan kita mempunyai petugas khas untuk menghadapi kemungkinan serangan senjata biologi ?

Artikel dari Blog AMKNS mengenai Persiapan dan Kemungkinan Serangan Senjata Biologi di Malaysia di http://amkns.blogspot.com/2011/04/persiapan-serangan-senjata-biologi-di.html

PATI PUNCA PENYAKIT TIBI
Utusan Malaysia 20 Jun 2011

Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui.

Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.

“Jika di negara terbabit, mereka tidak diberi suntikan pencegahan wajib seperti suntikan bacillus calmette-guerin (BCG),” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati agar tidak dijangkiti penyakit berbahaya tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

20110622

Hi Tea bersama YB Siti Zailah 3 Julai 2011 di Lenggeng



MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 3 Julai 2011 , AHAD
Masa : 2.30 petang
Tempat : di Markaz PAS, MTD Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Bersama :
YB Hjh Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat)
Zulkefly Mohamad bin Hj Omar (AJK PAS Pusat)

Kupon HI-TEA : RM 5

Untuk tempahan kupon, sumbangan dan maklumat lanjut sila hubungi :
Pn Osnida 013-2689252 (Ketua Muslimat PAS Jelebu)
Pn Normah 019-2857448 (Ketua Muslimat PAS Kawasan Seremban)

Anjuran : HalWa, Dewan Muslimat PAS Kawasan Jelebu dengan kerjasama HalWa MTD Lenggeng

20110620

Masjid lantik AJK di Negeri Sembilan



Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik oleh masjid kerana menurut Pengarah JHEAINS masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. Patutlah begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, masjid yang calonkan AJK masjid, bukannya manusia yang calonkan manusia.

Sila baca artikel saya sebelum ini , Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Tidak perlu pilihan raya masjid di NS
Sinar Harian 20 Jun 2011

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak bercadang mengubah sistem pemilihan jawatankuasa pengurusan masjid sedia ada.

Pengarahnya, Johani Hassan berkata, tiada keperluan untuk bertukar kepada kaedah pilihan raya memandangkan sistem digunakan sekarang berjalan dengan baik.

“Pada masa ini, calon-calon jawatankuasa masjid dikemukakan oleh ahli kariah sendiri. JHEAINS hanya membuat keputusan tentang lantikan.

“Selain itu, JHEAINS turut mengeluarkan garis panduan berhubung pemilihan calon,” katanya di sini.

Sementara itu, menurut beliau, semua masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin.

“Kita perlu proses segera semua pencalonan memandangkan penggal jawatankuasa masjid sedia ada akan tamat pada 31 Disember depan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9208941.asp

Ceramah Israk Mikraj 29 Jun 2011 di Senawang



CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Bin Othman
Tarikh : 29 Jun 2011 , Rabu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Semua Dijemput Hadir - http://suraualamanda.blogspot.com/

Program Sumbangan Ukhuwwah Manafaat Bersama



Kepada mereka yang ingin membantu mereka yangmemerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang bolehlah menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN SYAABAN, RAMADHAN & SYAWAL 1432 H - 2011 M
Untuk keluarga fakir miskin dan mereka yang memerlukan

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Tn Hj Roni - Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan melalui bank :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Ceramah Ustaz Abd Ghani 28 Jun 2011 Seremban



CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Penceramah : Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Tarikh : 28 Jun 2011 / 26 Rejab 1432
Hari : Selasa
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban.

Semua di jemput hadir

Taklimat Pembiayaan Usahawan 2 Julai 2011 Seremban

Taklimat Pembiayaan Usahawan Peruncitan (Prosper) Usahawan Bumiputera (PUNB)

Tarikh : 2 Julai 2011, Sabtu
Masa : 9 pagi - 1 ptg
Tempat : Dewan Theattrette, Tingkat G, Wisma Negeri, Seremban

Peserta : Usahawan Bumiputera dan Siswazah di Negeri Sembilan

Bayaran : RM 20 bagi peserta yang ingin menduduki ujian keusahawanan

Bagi peserta yang ingin mendengar taklimat, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Maklumat lanjut hubungi Encik Mohd Zulazly bin Samat (UPEN.NS) 06-7659969 atau 016-6710870

Anjuran Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan

Kenali penyakit peti ais kita



Baru-baru ni peti ais rumah saya yang berusia lebih 10 tahun, meragam, dah tak sejuk, banyak makanan yang busuk. Kopak lagi lah duit nampaknya, dah lah bulan ni nak perbaharui takaful dan cukai jalan kereta, bil elektrik pula makin tinggi, bil IWK baru dapat dan macam-macam hal.

Kalau baiki peti ais bayar mahal, rosak lagi nanti. Nak beli baru, duit lagi. Dah nak pergi tanya kedai beli baru, emak kata cuba tanya kalau ada orang boleh baiki.

Talipon tempat beli peti ais di jalan Rahang, Seremban, Mr Jimmy. Tanya ada orang tak boleh baiki , warranty dah 10 tahun mana ada lagi. Lalu Jimmy beri no telefon kawan dia Ah Loong (bukan Along).

Saya pun talipon Ah Loong. Mula-mula Ah Loong tanya apa model, saya kata Panasonic NBT dan nombor modelnya. Ah Loong kata , itu model dah 10 tahun, betul kata saya, macam ahli nujum pula Ah Loong ni. Kemudian Ah Loong tanya lagi , ada bunyi tak peti ais, saya kata ada. Ah Loong tanya lagi badan peti ais ada panas, tak, saya kata tak berapa panas.

Macam doktor atas talian pula Ah Loong ni. Ah Loong tanya lagi, dulang (tray) kat bawah ada air tak, saya kata kering. Kemudian Ah Loong kata kemungkinan peti ais boleh baiki lagi. Talipon saja si Ah Loong ni boleh troubeshoot apa masalah.

Lalu saya kata bila boleh datang, memandangkan dah malam, Ah Loong kata esok. Ingatkan Ah Loong datang dengan pembantunya bawa lorilah nak angkut peti ais. Tengok Ah Loong datang bawa van dan anak dia yang baru Tingkatan 2.

Terus Ah Loong tengok peti ais, dan siap beri ceramah kuliah percuma lagi mengenai peti ais. Dia pegang kompressor dengan tangan, katanya kompressor elok lagi. Paip tak ada bocor. Kompressor dan paip kalau rosak mahal RM600, baik beli baru.

Dia tengok spesifikasi peti ais Arus cuma 0.6 Amp, dia ukur pakai clampmeter dapat 0.58 Amp. Dia kata peti ais jenis ni memang jimat elektrik. Sekarang punya peti ais katanya ada yang lebih 1 Amp. Amp peti ais bergantung berapa banyak lilitan tembaga pada motor. Lagi banyak gelung tembaga lagi kurang Amp tapi lagi mahal pula harga motor.

Kemudian dia terus check switch defrost, dia kata switch defrost yang bermasalah. Lalu dia tukar switch defrost tersebut. Ah Loong kata kena tunggu 2-3 jam baru peti ais tadi akan berjalan seperti biasa.

Senang betul Ah Loong buat kerja, bukan dia saja senang, kita pun senang, tak payah tunggu berhari-hari nak baiki peti ais.

Ah Loong ni tak perlu kedai nak baiki peti ais. Dia hanya pergi rumah ke rumah. Saya tanya Ah Loong, sehari berapa rumah dapat pergi, dia kata dalam 5 rumah.

Senang betul tengok Ah Loong cari makan.

Apa-apa pun dengar pandangan semua orang dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi ibu kita.

Alhamdulillah, jimat sikit duit.

Israk Mikraj dan Teori Relativiti



Isra’ Miraj adalah kisah perjalanan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh dalam waktu semalam. Prosesi sejarah perjalanan Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad termaktub dalam QS. 17.Al-Isra’ :1 yang berbunyi

“Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsha yang Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. (QS. 17.Al-Isra’ :1)

Dan tentang mi’raj Allah menjelaskan dalam QS. An-Najm:13-18:

“Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada syurga tempat tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (QS. An-Najm:13-18)

Hubungan antara peristiwa perjalanan Isra’ Mi’raj dengan teori relativitas.

Sampai disini dari hal hal tersebut diatas, kita sudah dapat mengambil kesimpulan secara gamblang, bahwa peristiwa Isra Miraj adalah benar. Bagaimana mungkin seorang manusia yang ummi 14 Abad yang silam dapat membuat sebuah cerita atau teori yang dapat dibuktikan didalam abad ke 20 dengan sedemikian detailnya. Dengan kata lain tidak mungkin Rasulullah SAW mencontoh teori Albert Einstein yang lahir sesudahnya (?).

Teori Relativitas.

Theori Relativitas membahas mengenai Struktur Ruang dan Waktu serta mengenai hal hal yang berhubungan dengan Gravitasi. Theori relativtas terdiri dari dua teori fisika, relativitas umum dan relativitas khusus. Theori relativitas khusus menggambarkan perilaku ruang dan waktu dari perspektif pengamat yang bergerak relatif terhadap satu sama lain, dan fenomena terkait. Sala artikel ini hanya dibahas theori relativitas khusus dan Efek yg disebut dilatasi waktu (dari bahasa Latin: dilatare “tersebar”, “delay”).

Einstein merumuskan teorinya dalam sebuah persamaan mathematik:

Dengan adanya pembuktian pembukatian tersebut, berarti Albert Einstein dengan teori relativitasnya secara langsung atau tidak langsung telah membuktikan bahwa kisah Al Quran tentang kisah “perjalanan Rasulullah SAW kelangit ketujuh dan kembali dalam satu malam” adalah benar. Terutama dalam segi dimensi WAKTU, dalam perhitungannya memungkinkan.

Akhirul kalam, saya menganggap bahwa pengetahuan akan adanya dilatasi waktu antar galaksi adalah suatu fenomena menarik bagi kaum muslimin. Fenomena inipun banyak terjadi pada peristiwa sehari-hari dan bahkan dipelajari oleh ilmuwan barat untuk mempelajari peristiwa di alam raya. Dan mestinya bukanlah sesuatu yang dilarang atau berlebihan untuk lebih memahami fenomena di alam. Untuk selanjutnya yang kita tunggu adalah adanya kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan untuk dapat mengungkapkan desain dari black hole dan wormhole yang gabungan keduanya mirip bentuk teratai (Sidrah atau Sidratul, dan bentuk otak pada tubuh manusia.

Sehingga semua ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ketakwaan kita dihadapan sang Pencipta.

Artikel penuh di http://bambies.wordpress.com/isra-miraj-dan-theori-relativitas/

20110619

Rembau Hari Ini



Buat orang Negeri Sembilan khususnya warga Rembau. Dapatkan maklumat terkini perkembangan di Rembau sekitar Chembong, Kota, Penajis, Bongek, Pedas, Gadong, Astana Raja, Ulu Sepri dan lain-lain kawasan sekitarnya antaranya perkembangan pembinaan hospital Rembau, UITM Rembau, Landasan Terbang Rembau di Rembau Hari Ini pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

20110617

Kalau masak bubur, jangan kacau



Baru-baru ni saya menghadiri satu majlis kenduri kesyukuran. Tukang masaknya seorang pakcik yang peramah. Banyak tip-tip masakan yang diberikan oleh pakcik tadi, ternyata pakcik tadi tak lokek ilmu. Pakcik tadi tanya saya pernah tak masak bubur tak kacau. Pelik juga , masak bubur mestilah kacau.

Pakcik tadi kata , kalau masak bubur jangan kacau, untuk mengelakkan berkerak. Tak kiralah nak masak bubur kacang atau bubur nasi, tak perlu kacau. Caranya masuk saja kacang atau beras dalam periuk, letak air secukupnya dan rebus pada api sederhana.

Biarkan jangan dikacau langsung sehinggalah mula mendidih , kemudian baru boleh kacau, letak santan dan sebagainya.

Kalau dari mula masak dikacau bubur tadi, maka mesti kacau sampai mendidih, jika tidak berkerak. Jika tidak, jangan kacau langsung hingga mendidih.

Jadi baru-baru ni saya suruhlah isteri masak bubur nasi, jangan kacau. Alhamdulillah memang jadi. Hanya dikacau apabila sudah mula mendidih.

Kata pakcik tadi rahsianya ialah apabila beras atau kacang tadi dibiar masak tanpa kacau, akan ada lapisan air antara beras dan kacang dengan dasar periuk. Apabila di kacau sahaja maka, lapisan air ini akan hilang dan beras dan kacang akan terkena dasar periuk.

Satu tip yang amat berguna, sambil masak bubur boleh buat kerja lain tanpa perlu berdiri di dapur untuk sentiasa mengacau.

Macam ni , para suami pun boleh tolong masak bubur.

Selamat Mencuba

Laman web Veteran Tentera Malaysia pun digodam?



Ayah saya merupakan veteran Angkatan Tentera Malaysia, bekas Askar Melayu. Baru-baru ini ayah saya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Saya cuba menalipon JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran) untuk bertanyakan beberapa perkara, sering tiada yang menjawab atau mengangkat telefon. Saya cuba masuk laman web JHEV di http://www.jhev.gov.my/ , pun tak dapat dapat.

Adakah laman web JHEV ini juga telah digodam? Adakah sistem pertahanan negara begitu lemah sekali sehinggakan laman web JHEV pun begitu mudah digodam?

Terdapat banyak begitu banyak data sulit dan peribadi dalam laman web JHEV ini, terutama maklumat para veteran.

MINDEF atau KEMENTAH harus melakukan sesuatu.

Ust Nasharudin Mat Isa 27 Jun 2011 di Port Dickson



CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Penceramah : YB Ust Nasharudin Mat Isa
Tarikh : 27 Jun 2011, ISNIN
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Ceramah Tn Guru Nik Razi 24 dan 25 Jun 2011 Seremban



CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 1
Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal Utama, Seremban.
Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 2
Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang
Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat

Muslimin muslimat semua di jemput hadir






20110616

Mengenang Palestin 25 Jun 2011 Masjid Paroi Jaya, Seremban



MALAM BERSAMA MU PALESTIN
Tarikh : 25 Jun 2011
Hari : Sabtu
Masa : 2 ptg - 10 mlm
Tempat : Masjid Paroi Jaya, Seremban, N.Sembilan

CERAMAH DAN TAYANGAN
7 mlm - 10 mlm
Penceramah :
Mr Najy Palestiny (aktivis dan wakil dari Palestin)
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin (aktivis Aman Palestin Malaysia)

EXPO
Bermula jam 2 ptg

Anjuran ISMA

Info lanjut di http://www.isman9.com/2011/06/hebahan-malam-bersamamu-palestin-di-masjid-paroi-jaya/

20110615

Pilihanraya masjid di N.Sembilan untuk elak masjid mati



Apakah perlu diadakan pilihanraya masjid di Negeri Sembilan ini untuk mengelakkan begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, hampir mati, hidup segan mati tak mahu?

Artikel saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan, negeri beradat pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Tawaran Tapak Gerai Hospital Seremban 25 ke 29 Jul 2011



Kepada mereka yang berminat, Tawaran tapak gerai 25 ke 30 lot sempena :

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 5 PENAMAAN SEMULA HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN (HTJS)
Tempoh : 25 - 29 Julai 2011
Jam : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Tempat Parkir, Bangunan Klinik Pakar, Hospital Tuanku Jaafar Seremban
Yuran : RM300 bagi 5 hari ( dengan 1 meja, 2 kerusi & kipas berkongsi)

Kaedah Bayaran : Tunai/wang Pos/Kiriman Wang

Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi Cik Rusdiah/Pn Hafizah (Unit Hasil, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban) 06-7684098 / 4525 untuk keterangan lanjut

Sihir semakin berleluasa di Malaysia, kembalilah kepada Islam

Nampaknya sihir dan seumpamanya semakin berleluasa di Malaysia. Malahan cerita tv dan filem pun banyak cerita sihir, cerita hantu. Begitu sedikit cerita dan filem untuk menginsafkan manusia agar kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Untuk berlindung dari semua angkara jahat ini mohonlah pertolongan Allah dengan cara yang betul.

Kisah hantu pochong yang semakin banyak sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/06/bila-masjid-mati-hantu-pochong-makin.html



Doktor hilang di Kedah, jumpa di Pahang
Utusan Malaysia 15 Jun 2011

KUBANG PASU 14 Jun - Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini, yang hilang selama 26 hari, ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya, Jitra di sini ditemui oleh ketua pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut selepas dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang.

Doktor pelatih berkenaan sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bil sushi sebanyak RM70 di sebuah restoran di pusat beli-belah itu kira-kira pukul 5 petang.

Sewaktu ditemui, Mohd. Noor Azam memakai kemeja-T putih dan berseluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerja berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting tidak ditemui bersamanya.

Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan diberi makan sebelum dijemput pulang oleh ibu bapanya bersama lebih 30 saudara mara kira-kira pukul 4 pagi keesokannya.

Ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di taman berkenaan hari ini, Mohd. Noor Azam memberitahu, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sehingga membawanya ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu kerana berasa seperti baru empat hari hilang.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia seperti tidur dan tidak mengetahui bagaimana boleh sampai ke Kelantan, Terengganu dan kemudiannya Kuantan, Pahang.

"Saya tidak tahu apa yang saya makan, di mana saya tidur dan bagaimana solat saya cukup atau tidak sepanjang tempoh 26 hari itu sehingga ditahan di pusat beli-belah berkenaan.

''Apabila saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet, baru saya tersedar dan terus bertanya kepada ketua pengawal keselamatan berkenaan tentang tarikh dan tempat saya berada ketika itu," katanya.

Menurut Mohd. Noor Azam, dia sedih apabila menyedari hari yang dia ditemui semula itu adalah tarikh yang ditetapkan untuk melangsungkan majlis pertunangan dengan rakannya yang juga doktor pelatih di HSB.

Katanya, dia tidak sedarkan diri selepas mendengar suara gadis yang memberi arahan supaya mengikutnya ketika berjalan memasuki bangunan HSB kira-kira pukul 6.30 pagi 16 Mei lalu.

Dakwanya, suara tersebut juga memaklumkan dia hanya akan 'dilepaskan' pada hari pertunangannya iaitu 11 Jun lalu.

''Selepas ini saya akan meneruskan perubatan Islam bagi melindungi daripada gangguan-gangguan seperti ini,'' katanya.

Sementara itu, ibu Mohd. Noor Azam, Natrah Shaari, 52, tidak putus-putus melahirkan rasa syukur kerana penantian dan doanya akhirnya dimakbulkan apabila anaknya itu ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Katanya, dia sekeluarga tidak mahu menuduh sesiapa atas kejadian yang berlaku sebaliknya menganggap peristiwa tersebut sebagai dugaan dan ketentuan Allah.

''Buat masa ini, Mohd. Noor Azam akan berehat dan menjalani rawatan alternatif sebelum menyambung semula latihan perubatan di HSB manakala majlis pertunangan terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu dilaporkan pernah hilang dua kali iaitu pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di HSB bagaimanapun pulang ke rumah beberapa hari kemudian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

20110613

Kuliah Tafsir Ust Badrul 17 Jun 2011 Surau Alamanda


KULIAH TAFSIR
Oleh Ustaz Badrul Hisham bin Mohd. Yasin
Tarikh : 17 Jun 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

PIDATO Bicara Rakyat 18 Jun 2011 di Rembau

CERAMAH PERDANA

Bersama :

YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka

Chegubard, Pengerusi SAMM

Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz, bekas Imam Masjid Saidina Omar AlKhattab, Bukit Damansara

Tarikh : 18 Jun 2011 , SABTU

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Astana Raja, Rembau, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

20110611

Forum Baju Kurung Baju Melayu 13 Jun 2011 di Nilai



FORUM BAJU KURUNG BERTEMU BAJU MELAYU
Tarikh : 13 Jun 2011 (ISNIN)
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Bandar Baru Nilai, N.Sembilan
Masa : 9 mlm - 11 mlm


Anjuran : Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Negeri Sembilan
Info lanjut di http://pembinan9.wordpress.com/2011/06/10/hebahan-forum-baju-kurung-bertemu-baju-melayu/

20110610

Kalau jalan bawa senjata, tak selamat sekarang



Hari Selasa lepas selepas solat Subuh sekitar jam 6.40 pagi saya dan isteri berjalan-jalan keliling taman perumahan di Senawang. Disebabkan pagi-pagi biasanya ada anjing liar berkeliaran di taman perumahan, saya bawalah tongkat rotan sepanjang lima kaki sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam perjalanan di hadapan deretan rumah, datang seorang lelaki bermotosikal, memakai topi keledar bertanyakan di mana ada restoran di sini. Perkara pertama yang saya lakukan apabila orang yang tidak dikenali bertanya, saya undur sedikit ke belakang untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tongkat rotan saya pegang erat. Pelik juga, tak pernah orang tanya mana restoran pagi-pagi. Sedangkan di sekitar kawasan perumahan tersebut banyak terdapat gerai makan dan restoran. Saya kata kat luar sana ada restoran. Lalu lelaki tadi pun beredar.

Tak tahulah , semakin menjadi-jadi jenayah di Malaysia sekarang ini. Dalam bas tak selamat, di perumahan sendiri tak selamat, dalam rumah sendiri pun tak selamat. Kenapa ini semua berlaku , adakah ini merupakan salah satu bala yang menimpa negara ketika ini?

Nampaknya kena tambah lagi satu slogan, bukan saja NEGARA BERKEBAJIKAN, tapi Negara Berkebajikan dan Negara Selamat.


DISAMUN SELEPAS SIDAI PAKAIAN
Sinar Harian, 10 Jun 2011

ALOR GAJAH - Seorang suri rumah di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, dekat sini melalui detik mencemaskan apabila rumahnya dimasuki dua perompak, minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu, perompak terbabit juga mengugut untuk membunuh seorang daripada anaknya.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang 1 Jun lalu, T.Malar, 28, sedang menyidai pakaian di belakang rumah dan masuk ke rumah beberapa minit selepas itu.

“Sebaik saya dan anak perempuan berusia 10 tahun masuk ke rumah, saya sedari kedua-dua perompak itu sudah berada dalam rumah saya. Manakala, anak bongsu saya berusia setahun sedang tidur dalam bilik.

“Kemudian mereka menutup pintu belakang dan mengarahkan saya membuka rantai kahwin saya, gelang tangan dan sepasang subang yang dipakai. Perompak itu turut bertindak ganas dengan mengacu parang di leher anak saya,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit juga mengarahkannya menunjukkan kedudukan bilik utama serta merampas telefon bimbit.

Dia yang berada dalam ketakutan turut menangis merayu perompak berkenaan tidak mengapa-apakan anaknya dan membenarkan perompak itu mengambil apa saja yang dimahukan, asalkan tidak mencederakan anak perempuannya itu.

Dalam kejadian itu, katanya, perompak terbabit mengambil wang syiling yang disimpan dalam tabung, wang kertas berjumlah RM1,000 yang diletakkan dalam satu bekas.

“Selepas mereka mengambil kesemua wang yang ada perompak itu mengambil sebuah beg yang menyimpan pelbagai katalog jualan langsung dan memasukkan kesemua wang itu ke dalam beg, sebelum menggeledah bilik dalam rumah itu.

“Perompak itu berjaya menemui sejumlah RM1,500 lagi wang simpanan yang diletakkan di celah pakaian dalam sebuah rak,” katanya.

“Selepas perompak itu dapat kesemua dimahukan, mereka mengikat saya di sebuah kerusi meja makan dengan tangan kanan saya diikat ke belakang menggunakan tali pita dan mulut saya juga ditutup dan dibalut menggunakan tali pita yang sama.

“Sementara tangan kiri saya mendukung anak lelaki. Anak perempuan saya sudah dilepaskan dan berada di pangku saya sebelum perompak itu melarikan diri mengikut pintu belakang rumah,” katanya.

Malar bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan tangan kanan dan berlari ke rumah jiran meminta bantuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Supritendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun keseksaan menyamun menggunakan senjata.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9177242.asp

20110608

Gerhana Bulan di Malaysia 16 Jun 2011



KUALA LUMPUR 7 Jun - Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama kira-kira enam jam bermula pukul 1.25 pagi pada 16 Jun ini. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena yang biasanya berlaku ketika fasa bulan penuh itu disebabkan bulan melintasi bayang bumi.

"Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi. Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.

"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.

---
SAMBUTLAH GERHANA BULAN DENGAN BANYAK BERSOLAT , BERSEDEKAH , BERZIKIR DAN BERDOA. Maklumat lanjut mengenai Sambutan Gerhana Bulan di http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html
---
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 10 Jun 2011 Senawang



KULIAH HIRAKI
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 10 Jun 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Semua dijemput hadir

20110605

Bila masjid mati, hantu pochong makin banyak



Sebelum ini saya ada menulis mengenai hantu pochong di Rembau. Baru-baru ini emak saya kata ada seseorang jumpa emak nak pinjam sesuatu. Emak saya kata kenapa tidak pinjam pada seorang lagi. Orang tadi kata, sejak pemilik barangan tersebut meninggal dunia, ada penduduk kampung yang nampak hantu pochong berkeliaran. Lalu semua barangan milik pemilik tersebut telah dibuang.

Kembalilah pada Islam keseluruhannya. Apabila masjid semakin mati dengan solat jemaah, majlis ilmu, tv, pawagam dan majalah pula makin galak siar cerita hantu, maka makin banyaklah hantu yang akan keluar dan menakutkan manusia. Walhal kita hanya perlu takut pada Allah yang Maha Esa.

Kembalilah pada Islam sepenuhnya, buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Hidup di dunia ini, kejap sangat, Allah nak ambil nyawa kita bila-bila masa saja. Setiap hari pun malaikat maut datang ziarah kita 70 kali sehari.

Artikel saya sebelum ini, Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Juga Hantu Pocong Rembau, Pontianak Pilah, Api Terbang Banting di http://waghih.blogspot.com/2010/09/hantu-pocong-rembau-pontianak-pilah-api.html

CERAMAH PERDANA


Tarikh : 18 Jun 2011 SABTU
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Astana Raja, Rembau
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu
YB Hj Taufek
Chegubard

Kuliah Mencegah Sihir 10 Jun 2011 Senawang


KULIAH SYIFA (Perawatan Islam)
Oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Alizan bin Abdul Rahman
Tarikh : 10 Jun 2011 / Jumaat
Masa : 7.30 mlm (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com

Menggunakan Kitab/Buku : Mari Merawat dan Mencegah Sihir, Gangguan Jin dan Syaitan tulisan Syaikh Wahid Abd Salam Bali cetakan Darul Nukman

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Lama tak menulis, ayah diserang sakit jantung, pengamalan di CCU



Lama tak menulis akhir-akhir ini. Salah satu sebab ialah menguruskan ayah yang diserang sakit jantung yang kritikal beberapa minggu lalu. Ayah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi CCU di Hospital Seremban, dan pada satu ketika dalam keadaan sangat kritikal dan begitu nazak.

Alhamdulillah berkat doa sanak saudara dan rakan taulan, ayah selamat dari serangan sakit jantung yang serius tersebut, dan akan menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan selepas ini. Alhamdulillah walaupun ayah tidak dapat melakukan kerja lagi, tidak dapat memandu kereta lagi, tapi ayah masih boleh berjalan dan menguruskan diri.

Banyak pengalaman yang didapati sepanjang bersama ayah di CCU. Salah satu pengalaman ialah bertemu seorang pakcik yang begitu sabar dan tenang menjaga anak kesayangannya yang berada di CCU lebih dua bulan yang lalu. Setiap hari dia suami isteri akan dating ke CCU melawat anaknya. Dua kali sehari, tengahari dan petang.

Dia reda dengan nasib yang menimpa dirinya. Apa yang menarik sekali pakcik ini begitu tenang dan jernih air mukanya. Malahan beliau sering menasihat sanak saudara yang menziarahi pesakit lain supaya sentiasa bersabar dan reda.

Pakcik tadi sentiasa berpesan agar sentiasa berbuat baik sesama keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. Sentiasa kawal kemarahan, geram dan sebagainya.

Memang saya kagum dengan pakcik tadi, walaupun beliau hanya bekas kakitangan kerajaan biasa, namun beliau mempraktikkan apa yang dikatakan, dan menghidupkan sunnah Nabi saw dengan banyak bersabar, memberi nasihat dan sentiasa reda.

20110603

Jawatan Kosong CNC Machine Programmer di Seremban



CNC Machine Programmer

Requirements:
- 20 - 35 years old.
- Minimum 2 years experience in CNC programming in Sheet Metal Punching Machines ( experience in Amada, LVD Delta, LVD-Strippit & Program knowledge of such CNC Punching machines would be advantages)
- Possess minimum Diploma in Mechanical Engineering / Production Engineering / CAD-CAM Engineering / Drawing-Design
- Able to use AUTOCAD software to do drafting (experience in CAD/CAM would be advantages)
- Able to read Engineering Drawings, Design Drawings & interpret Tolerances.
- Good communication and interpersonal skills.
- Must be meticulous in performing daily job routine

Please submit your C.V. with a recent passport-sized photo and indicate your present and expected salaries to:

Ms. Karen Hau
HR Department
TROX Malaysia Sdn Bhd
20 Persiaran Bunga Tanjung 1,
SenawangLand Industrial Park,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tel: 06-678 8188 (Ext. 130)
Fax: 06-6785 949
E-mail: karenhau@troxmal.com.my

Source : http://www.jobstreet.com.my/jobs/2011/6/default/10/1336925.htm?fr=J

20110602

Tahlil Perdana 1 Julai 2011 di Seremban



TAHLIL PERDANA 2011
Tahlil Arwah Pimpinan Ulama dan Tok Guru
Tarikh : 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 6 ptg - 9 mlm
Tempat : Surau Al-Amin, Pusat Pendidikan As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Seremban

Hanya RM 145 untuk satu nama

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Roslilah 013-6249033
Naili 017-7124010
Shah 019-6611076

Sila dapatkan Borang Penyertaan Tahlil Perdana 2011 di http://puspa-ns.blogspot.com/2011/06/tahlil-perdana-1-julai-2011-di-seremban.html

Maahad Tahfiz As-Saidiyyah
Taman Rashidah Utama
Jalan Senawang - Paroi
70450 Seremban
Negeri Sembilan
06-6771232
mtasns@yahoo.com
http://www.saidiyyah.com/

Program Huffaz Cilik 6 ke 9 Jun 2011 Seremban



PROGRAM HUFFAZ CILIK
Tarikh : 6 - 9 Jun 2011 (Isnin - Khamis)
Masa : 9 pg - 12 tgh
Tempat : Surau As-Salam, Taman Panchor Jaya, Seremban

Yuran RM30 sahaja
Terhad kepada 30 penyertaan
Sijil Penyertaan disediakan
Jika bermina sila hubungi : Ustazah Khasliza 0196828308 , Pn Azlina 0193440085 , Dr. Zaiton 0192748780

Sumber http://www.isman9.com/2011/06/hebahan-program-huffaz-cilik/

20110601

ROADSHOW SHEIKH NURUDDIN 4 Jun 2011 Seremban



Kuliah Bulan Jun 2011 oleh Sheikh Nuruddin Marbu Al-Makki Al-Banjari

SABTU 4 Jun 2011
- Kuliah Dhuha (8.30pg-11pg) di Masjid Negeri Shah Alam
- Kuliah Zohor (2pm-5pm) di Madrasah Az Zein, Seremban
- Kuliah Maghrib di Masjid Baru Paroi, Seremban

JUMAAT 3 Jun 2011
- Kuliah Magrib di Masjid al-Hidayah, Pandan Dalam, KL

AHAD 5 Jun 2011
- Kuliah Subuh di Masjid al Azim, Msjd Negeri Melaka.
- Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qura, Sg Udang Melaka,
- Kuliah Maghrib di Masjid Meru,Klang

Sumber http://az-zein.blogspot.com/2011/05/kuliah-bulan-jun-oleh-sheikh-nuruddin.html

Cuci Kenderaan di Muktamar PAS Jun 2011 Taman Melewar



Perhatian kepada peserta, perwakilan, pemerhati dan orang ramai yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada 3 hingga 5 Jun 2011. Unit Amal Negeri Sembilan akan menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan pada kadar yang berpatutan.

Perkhidmatan on-call disediakan. Sila hubungi 013-2124086 , 017-4680125.

Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menjana Dana Tabung Aktiviti Unit Amal Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com/