Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik oleh masjid kerana menurut Pengarah JHEAINS masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. Patutlah begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, masjid yang calonkan AJK masjid, bukannya manusia yang calonkan manusia.
Sila baca artikel saya sebelum ini , Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html
Tidak perlu pilihan raya masjid di NS
Sinar Harian 20 Jun 2011
SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak bercadang mengubah sistem pemilihan jawatankuasa pengurusan masjid sedia ada.
Pengarahnya, Johani Hassan berkata, tiada keperluan untuk bertukar kepada kaedah pilihan raya memandangkan sistem digunakan sekarang berjalan dengan baik.
“Pada masa ini, calon-calon jawatankuasa masjid dikemukakan oleh ahli kariah sendiri. JHEAINS hanya membuat keputusan tentang lantikan.
“Selain itu, JHEAINS turut mengeluarkan garis panduan berhubung pemilihan calon,” katanya di sini.
Sementara itu, menurut beliau, semua masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin.
“Kita perlu proses segera semua pencalonan memandangkan penggal jawatankuasa masjid sedia ada akan tamat pada 31 Disember depan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9208941.asp

Tiada ulasan:
Catat Ulasan