KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110615

Sihir semakin berleluasa di Malaysia, kembalilah kepada Islam

Nampaknya sihir dan seumpamanya semakin berleluasa di Malaysia. Malahan cerita tv dan filem pun banyak cerita sihir, cerita hantu. Begitu sedikit cerita dan filem untuk menginsafkan manusia agar kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Untuk berlindung dari semua angkara jahat ini mohonlah pertolongan Allah dengan cara yang betul.

Kisah hantu pochong yang semakin banyak sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/06/bila-masjid-mati-hantu-pochong-makin.html



Doktor hilang di Kedah, jumpa di Pahang
Utusan Malaysia 15 Jun 2011

KUBANG PASU 14 Jun - Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini, yang hilang selama 26 hari, ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya, Jitra di sini ditemui oleh ketua pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut selepas dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang.

Doktor pelatih berkenaan sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bil sushi sebanyak RM70 di sebuah restoran di pusat beli-belah itu kira-kira pukul 5 petang.

Sewaktu ditemui, Mohd. Noor Azam memakai kemeja-T putih dan berseluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerja berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting tidak ditemui bersamanya.

Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan diberi makan sebelum dijemput pulang oleh ibu bapanya bersama lebih 30 saudara mara kira-kira pukul 4 pagi keesokannya.

Ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di taman berkenaan hari ini, Mohd. Noor Azam memberitahu, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sehingga membawanya ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu kerana berasa seperti baru empat hari hilang.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia seperti tidur dan tidak mengetahui bagaimana boleh sampai ke Kelantan, Terengganu dan kemudiannya Kuantan, Pahang.

"Saya tidak tahu apa yang saya makan, di mana saya tidur dan bagaimana solat saya cukup atau tidak sepanjang tempoh 26 hari itu sehingga ditahan di pusat beli-belah berkenaan.

''Apabila saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet, baru saya tersedar dan terus bertanya kepada ketua pengawal keselamatan berkenaan tentang tarikh dan tempat saya berada ketika itu," katanya.

Menurut Mohd. Noor Azam, dia sedih apabila menyedari hari yang dia ditemui semula itu adalah tarikh yang ditetapkan untuk melangsungkan majlis pertunangan dengan rakannya yang juga doktor pelatih di HSB.

Katanya, dia tidak sedarkan diri selepas mendengar suara gadis yang memberi arahan supaya mengikutnya ketika berjalan memasuki bangunan HSB kira-kira pukul 6.30 pagi 16 Mei lalu.

Dakwanya, suara tersebut juga memaklumkan dia hanya akan 'dilepaskan' pada hari pertunangannya iaitu 11 Jun lalu.

''Selepas ini saya akan meneruskan perubatan Islam bagi melindungi daripada gangguan-gangguan seperti ini,'' katanya.

Sementara itu, ibu Mohd. Noor Azam, Natrah Shaari, 52, tidak putus-putus melahirkan rasa syukur kerana penantian dan doanya akhirnya dimakbulkan apabila anaknya itu ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Katanya, dia sekeluarga tidak mahu menuduh sesiapa atas kejadian yang berlaku sebaliknya menganggap peristiwa tersebut sebagai dugaan dan ketentuan Allah.

''Buat masa ini, Mohd. Noor Azam akan berehat dan menjalani rawatan alternatif sebelum menyambung semula latihan perubatan di HSB manakala majlis pertunangan terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu dilaporkan pernah hilang dua kali iaitu pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di HSB bagaimanapun pulang ke rumah beberapa hari kemudian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

1 ulasan:

perjalanan pulang berkata...

ada hantu melayu yang kacau dia tu sebab boleh solat macam biasa