BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

20110620

Kenali penyakit peti ais kita



Baru-baru ni peti ais rumah saya yang berusia lebih 10 tahun, meragam, dah tak sejuk, banyak makanan yang busuk. Kopak lagi lah duit nampaknya, dah lah bulan ni nak perbaharui takaful dan cukai jalan kereta, bil elektrik pula makin tinggi, bil IWK baru dapat dan macam-macam hal.

Kalau baiki peti ais bayar mahal, rosak lagi nanti. Nak beli baru, duit lagi. Dah nak pergi tanya kedai beli baru, emak kata cuba tanya kalau ada orang boleh baiki.

Talipon tempat beli peti ais di jalan Rahang, Seremban, Mr Jimmy. Tanya ada orang tak boleh baiki , warranty dah 10 tahun mana ada lagi. Lalu Jimmy beri no telefon kawan dia Ah Loong (bukan Along).

Saya pun talipon Ah Loong. Mula-mula Ah Loong tanya apa model, saya kata Panasonic NBT dan nombor modelnya. Ah Loong kata , itu model dah 10 tahun, betul kata saya, macam ahli nujum pula Ah Loong ni. Kemudian Ah Loong tanya lagi , ada bunyi tak peti ais, saya kata ada. Ah Loong tanya lagi badan peti ais ada panas, tak, saya kata tak berapa panas.

Macam doktor atas talian pula Ah Loong ni. Ah Loong tanya lagi, dulang (tray) kat bawah ada air tak, saya kata kering. Kemudian Ah Loong kata kemungkinan peti ais boleh baiki lagi. Talipon saja si Ah Loong ni boleh troubeshoot apa masalah.

Lalu saya kata bila boleh datang, memandangkan dah malam, Ah Loong kata esok. Ingatkan Ah Loong datang dengan pembantunya bawa lorilah nak angkut peti ais. Tengok Ah Loong datang bawa van dan anak dia yang baru Tingkatan 2.

Terus Ah Loong tengok peti ais, dan siap beri ceramah kuliah percuma lagi mengenai peti ais. Dia pegang kompressor dengan tangan, katanya kompressor elok lagi. Paip tak ada bocor. Kompressor dan paip kalau rosak mahal RM600, baik beli baru.

Dia tengok spesifikasi peti ais Arus cuma 0.6 Amp, dia ukur pakai clampmeter dapat 0.58 Amp. Dia kata peti ais jenis ni memang jimat elektrik. Sekarang punya peti ais katanya ada yang lebih 1 Amp. Amp peti ais bergantung berapa banyak lilitan tembaga pada motor. Lagi banyak gelung tembaga lagi kurang Amp tapi lagi mahal pula harga motor.

Kemudian dia terus check switch defrost, dia kata switch defrost yang bermasalah. Lalu dia tukar switch defrost tersebut. Ah Loong kata kena tunggu 2-3 jam baru peti ais tadi akan berjalan seperti biasa.

Senang betul Ah Loong buat kerja, bukan dia saja senang, kita pun senang, tak payah tunggu berhari-hari nak baiki peti ais.

Ah Loong ni tak perlu kedai nak baiki peti ais. Dia hanya pergi rumah ke rumah. Saya tanya Ah Loong, sehari berapa rumah dapat pergi, dia kata dalam 5 rumah.

Senang betul tengok Ah Loong cari makan.

Apa-apa pun dengar pandangan semua orang dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi ibu kita.

Alhamdulillah, jimat sikit duit.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan bagi la no hp Ah Long nie...

Tanpa Nama berkata...

Boleh bagi no.tel Ah Long nie...peti ais saya bermasalah, tak tahu siapa yang boleh baiki.

Tanpa Nama berkata...

No.telnya 0126011833, utk hubungi Ah Loong(area seremban)

Liesa berkata...

Mahal tak Ah Loong charge untuk repair peti ais tu?