Lama tak menulis akhir-akhir ini. Salah satu sebab ialah menguruskan ayah yang diserang sakit jantung yang kritikal beberapa minggu lalu. Ayah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi CCU di Hospital Seremban, dan pada satu ketika dalam keadaan sangat kritikal dan begitu nazak.
Alhamdulillah berkat doa sanak saudara dan rakan taulan, ayah selamat dari serangan sakit jantung yang serius tersebut, dan akan menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan selepas ini. Alhamdulillah walaupun ayah tidak dapat melakukan kerja lagi, tidak dapat memandu kereta lagi, tapi ayah masih boleh berjalan dan menguruskan diri.
Banyak pengalaman yang didapati sepanjang bersama ayah di CCU. Salah satu pengalaman ialah bertemu seorang pakcik yang begitu sabar dan tenang menjaga anak kesayangannya yang berada di CCU lebih dua bulan yang lalu. Setiap hari dia suami isteri akan dating ke CCU melawat anaknya. Dua kali sehari, tengahari dan petang.
Dia reda dengan nasib yang menimpa dirinya. Apa yang menarik sekali pakcik ini begitu tenang dan jernih air mukanya. Malahan beliau sering menasihat sanak saudara yang menziarahi pesakit lain supaya sentiasa bersabar dan reda.
Pakcik tadi sentiasa berpesan agar sentiasa berbuat baik sesama keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. Sentiasa kawal kemarahan, geram dan sebagainya.
Memang saya kagum dengan pakcik tadi, walaupun beliau hanya bekas kakitangan kerajaan biasa, namun beliau mempraktikkan apa yang dikatakan, dan menghidupkan sunnah Nabi saw dengan banyak bersabar, memberi nasihat dan sentiasa reda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan