KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110624

Hayati Isra Miraj, tak perlu Pendidikan Seks



Khutbah Jumaat JAKIM - 24 Jun 2011. KEBENARAN DALAM ISRA’ MIKRAJ
Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka.

Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

Budaya hidup berzina terus menjadi isu panas di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kes-kes pelacuran, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan. Walaupun budaya keji ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya Islam sahaja yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina.

Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita.

OBJEKTIH PENDIDIKAN SEKS UNTUK CEGAH HAMIL BUKAN CEGAH ZINA
Objektif pendidikan seks di negara barat adalah untuk mengelakkan kehamilan apabila berzina di kalangan remaja seperti dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html

PELATIH PLKN DAN PELAJAR SEKOLAH DI AJAR PENDIDIKAN SEKS
Pelatih PLKN dan pelajar sekolah seluruh Malaysia kini di ajar dengan Pendidikan Seks, kisahnya pada pautan berikut :
http://amkns.blogspot.com/2011/06/yahoo-kini-pendidikan-sek-di-kem-plkn.html
http://amkns.blogspot.com/2011/06/seronoknya-pendidikan-seks-di-sekolah.html

MAKSIAT UNDANG BALA
Utusan Malaysia 22 Jun 2011
SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

PANTAI MAKSIAT
Harian Metro 20 Jun 2011
PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.
http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/

TITIK GEMPA BUMI KIAN HAMPIRI MALAYSIA
Kajian mendapati titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia. Kisahnya di http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html

Tek Khutbah sepenuhnya di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/kebenaran_dalam_isra_mikraj_rumi.doc

Tiada ulasan: