KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110624

Dipanah petir ketika berbalas SMS di Terengganu



Tiga pengsan dipanah petir

JERTIH - Tiga daripada 12 sahabat yang berteduh hujan di sebuah wakaf di Kampung Durian Telor, Pasir Akar, Hulu Besut dekat sini kelmarin cedera dan pengsan apabila terkena kesan panahan petir yang menyambar sebatang pokok di tepi wakaf itu.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, ketiga-tiga mangsa iaitu Mohd. Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail, 15, dan Mohd. Zailani Keria, 23, dikatakan berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Kosmo 24 Jun 2011
--

Malaysia adalah merupakan negara panahan petir yang kedua tertinggi di dunia. Maklumat lanjut di Blog Fenomena Petir dan Kilat di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Tiada ulasan: