KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110623

Adakah wabak Tibi di Malaysia, Senjata Biologi?



Adakah penyakit Tibi atau Batuk Kering kemungkinan serangan senjata biologi sepertimana kemungkinan penyakit lain seperti H1N1, Adenovirus, Melioidosis, Leptospirosis, Kencing Tikus dan sebagainya? Kelmarin kawan saya kata dia temankan rakannya ke Perak kerana abang rakannya itu dalam keadaan kritikal akibat penyakit Tibi.

Kawan saya kata lagi di taman sebelah pun ada orang sakit Tibi. Sebelum ini di taman perumahan saya pun ada pesakit Tibi yang saya tulis sebelum ini bertajuk Bala Wabak Tibi sedang melanda negara di http://waghih.blogspot.com/2011/05/bala-wabak-tibi-sedang-melanda-negara.html

Jika ada menteri mendakwa penyakit Tibi ini berpunca dari pendatang asing tanpa izin atau PATI, tak ada pula kedengaran mana-mana kawasan penempatan PATI ini ada wabak Tibi.

Adakah Kementerian Kesihatan kita mempunyai petugas khas untuk menghadapi kemungkinan serangan senjata biologi ?

Adakah Kementerian Pertahanan kita mempunyai petugas khas untuk menghadapi kemungkinan serangan senjata biologi ?

Artikel dari Blog AMKNS mengenai Persiapan dan Kemungkinan Serangan Senjata Biologi di Malaysia di http://amkns.blogspot.com/2011/04/persiapan-serangan-senjata-biologi-di.html

PATI PUNCA PENYAKIT TIBI
Utusan Malaysia 20 Jun 2011

Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui.

Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.

“Jika di negara terbabit, mereka tidak diberi suntikan pencegahan wajib seperti suntikan bacillus calmette-guerin (BCG),” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati agar tidak dijangkiti penyakit berbahaya tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Tiada ulasan: