Hari Selasa lepas selepas solat Subuh sekitar jam 6.40 pagi saya dan isteri berjalan-jalan keliling taman perumahan di Senawang. Disebabkan pagi-pagi biasanya ada anjing liar berkeliaran di taman perumahan, saya bawalah tongkat rotan sepanjang lima kaki sebagai langkah berjaga-jaga.
Dalam perjalanan di hadapan deretan rumah, datang seorang lelaki bermotosikal, memakai topi keledar bertanyakan di mana ada restoran di sini. Perkara pertama yang saya lakukan apabila orang yang tidak dikenali bertanya, saya undur sedikit ke belakang untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Tongkat rotan saya pegang erat. Pelik juga, tak pernah orang tanya mana restoran pagi-pagi. Sedangkan di sekitar kawasan perumahan tersebut banyak terdapat gerai makan dan restoran. Saya kata kat luar sana ada restoran. Lalu lelaki tadi pun beredar.
Tak tahulah , semakin menjadi-jadi jenayah di Malaysia sekarang ini. Dalam bas tak selamat, di perumahan sendiri tak selamat, dalam rumah sendiri pun tak selamat. Kenapa ini semua berlaku , adakah ini merupakan salah satu bala yang menimpa negara ketika ini?
Nampaknya kena tambah lagi satu slogan, bukan saja NEGARA BERKEBAJIKAN, tapi Negara Berkebajikan dan Negara Selamat.
DISAMUN SELEPAS SIDAI PAKAIAN
Sinar Harian, 10 Jun 2011
ALOR GAJAH - Seorang suri rumah di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, dekat sini melalui detik mencemaskan apabila rumahnya dimasuki dua perompak, minggu lalu.
Tidak cukup dengan itu, perompak terbabit juga mengugut untuk membunuh seorang daripada anaknya.
Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang 1 Jun lalu, T.Malar, 28, sedang menyidai pakaian di belakang rumah dan masuk ke rumah beberapa minit selepas itu.
“Sebaik saya dan anak perempuan berusia 10 tahun masuk ke rumah, saya sedari kedua-dua perompak itu sudah berada dalam rumah saya. Manakala, anak bongsu saya berusia setahun sedang tidur dalam bilik.
“Kemudian mereka menutup pintu belakang dan mengarahkan saya membuka rantai kahwin saya, gelang tangan dan sepasang subang yang dipakai. Perompak itu turut bertindak ganas dengan mengacu parang di leher anak saya,” katanya.
Menurutnya, penjenayah terbabit juga mengarahkannya menunjukkan kedudukan bilik utama serta merampas telefon bimbit.
Dia yang berada dalam ketakutan turut menangis merayu perompak berkenaan tidak mengapa-apakan anaknya dan membenarkan perompak itu mengambil apa saja yang dimahukan, asalkan tidak mencederakan anak perempuannya itu.
Dalam kejadian itu, katanya, perompak terbabit mengambil wang syiling yang disimpan dalam tabung, wang kertas berjumlah RM1,000 yang diletakkan dalam satu bekas.
“Selepas mereka mengambil kesemua wang yang ada perompak itu mengambil sebuah beg yang menyimpan pelbagai katalog jualan langsung dan memasukkan kesemua wang itu ke dalam beg, sebelum menggeledah bilik dalam rumah itu.
“Perompak itu berjaya menemui sejumlah RM1,500 lagi wang simpanan yang diletakkan di celah pakaian dalam sebuah rak,” katanya.
“Selepas perompak itu dapat kesemua dimahukan, mereka mengikat saya di sebuah kerusi meja makan dengan tangan kanan saya diikat ke belakang menggunakan tali pita dan mulut saya juga ditutup dan dibalut menggunakan tali pita yang sama.
“Sementara tangan kiri saya mendukung anak lelaki. Anak perempuan saya sudah dilepaskan dan berada di pangku saya sebelum perompak itu melarikan diri mengikut pintu belakang rumah,” katanya.
Malar bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan tangan kanan dan berlari ke rumah jiran meminta bantuan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Supritendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun keseksaan menyamun menggunakan senjata.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9177242.asp

Tiada ulasan:
Catat Ulasan