20110320

Masjid masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat

Pada Sabtu 19 Mac 2011 saya menghadiri jemputan kenduri perkahwinan sahabat saya di Kg Kuala Dadeh, Sawah Raja, Kota, N.Sembilan bersama anak lelaki saya yang berusia 14 tahun. Dalam perjalanan pulang dari kenduri tersebut telah hampir waktu zohor. Lalu saya berkira-kira nak solat zuhur di mana, di Kota atau di Chengkau. Rasanya nak solat di Chengkau, tetapi teringat pesanan Tuan Guru Haji Basiron, bila dah masuk waktu solat terus di masjid terdekat, jangan tangguh-tangguh.

Kalau solat di masjid Chengkau, tempat letak keretanya selesa, ada warung lagi luar masjid. Oleh kerana dah sampai Masjid Kariah Kota dulu , lalu saya pun berhentilah solat zuhur di Kota. Sampai di perkarangan masjid nampak begitu ramai para jemaah Tabligh, semuanya orang asing, barangkali dari Pakistan yang baru juga sampai.

Lepas ambil wudu adalah 2 orang yang saya rasa orang tempatan yang saya tidak kenal. Ruang utama dalam masjid berkunci, ruang sebelah tidak berkunci. Saya ingatkan dah azan zuhur, salah seorang orang tempatan tadi pun mulalah ikamah, saya minta seorang yang berkopiah menjadi imam, dia pula minta saya jadi imam. Saya pun jadilah imam, walaupun saya tiada tauliah untuk jadi imam solat zuhur di masjid kariah.

Selepas solat saya terfikir, mana pergi imam yang dibayar elaun dengan kenaikan elaun yang lebih tinggi pada tahun 2011 ini? Mana perginya bilal kalau tiada imam? Mana perginya siak kalau tiada bilal? Mereka semua ini dibayar elaun untuk apa? Imam 2 , Imam 3 hingga Imam 10 kalau ada, rasanya tidak dibayar elaun.

Apakah Pengarah Jabatan Agama Negeri Sembilan hanya pentingkan imam untuk baca teks khutbah yang dibekalkan setiap minggu, jika tidak dibaca teks khutbah yang dibekalkan maka tindakan keras akan diambil?

Apakah Pengarah Jabatan Agama, Pengerusi Majlis Agama, Ketua Agama Islam di Negeri Sembilan ini tidak kisah ada masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang tidak didirikan solat fardu 5 waktu?

Orang Kota, Rembau jangan marah ye, saya pun dilahirkan di Kg Kota Pulau, Kota, N.Sembilan. Saya tegur ni, bukan saya marah kepada imam, kepada bilal, kepada siak, kepada Pengarah Jabatan Agama dan seterusnya. Tapi saya rasa kasihan dan belas ehsan (bukan wang ehsan) bagaimana mereka nak jawab semua perkara ini dalam kubur, di padang Mahsyar , di hadapan Raja segala Raja nanti.

Cubalah buat kajian berapa banyak masjid-masjid di N.Sembilan ini yang tidak didirikan solat fardu 5 waktu, kita ada USIM, kita ada MAINS, kita ada JHEAINS, kita ada UITM, kita ada Pusat Dakwah, saya cuma ada Allah dan Blog saya http://waghih.blogspot.com

Jangan tangguh-tangguh, malaikat maut melawat setiap seorang kita 70 kali sehari.

Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan kita, siapa?

Semasa kenduri di Sawah Raja tadi seorang sahabat beritahu pasal cerita Khutbah Jumaat di Masjid Seremban Selatan. Katanya Ustaz Khusairi Hamthan tidak mahu berkhutbah Jumaat lagi, kerana arahan Jabatan Agama Islam N.Sembilan WAJIB baca khutbah ikut teks. Mungkin ada imam boleh sahkan cerita ini.

Agaknya Tan Sri P.Ramlee dah lama nampak kekalutan pengurusan agama Islam dan masjid di Malaysia ini, cuba perhati betul-betul dalam kisah Musang Berjanggut, banyak sindiran. Antaranya Kadi Nikah Kahwin, mungkin sekarang perlu ditukar ke Imam Nikah Kahwin, dimana fungsi imam hanyalah nikah kahwin sekarang bukannya untuk memberi peringatan kepada masyarakat setempat semasa kuliah, ceramah atau khutbah Jumaat. Dan tugas imam juga ikut suka hatilah untuk imam solat fardu 5 waktu, kerana tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.

Pada 18 Mac 2011 topik khutbah Jumaat satu Malaysia adalah mengenai Air, tapi bukan Air Tsunami. Satu dunia cerita pasal Tsunami di Jepun, khutbah Jumaat di Malaysia tidak langsung mengaitkan mengenai Tsunami sebagai iktibar, tapi cerita pasal air supaya kita berjimat cermat, tak salah, cuma tak kena masanya.

Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan dan Menteri JAKIM, bangunlah dari tidur kalian semua.

Jangan biarkan lebih banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan dan Malaysia ini mati.

Ese makmum yo, bukan imam.

Oh Negeri Sembilan, Negeri Beradat, kaya dengan adat tapi miskin iman




11 ulasan:

ujang kutik berkata...

Ese ponah sembahyang Zuhur di Masjid Kota, pukul 3.00 ptg, lambik sikit sobab musafir. Memamng orang tiada. Tetapi ese peramati masjidnya bersih, bilik air bersih. Ese pun ambil gambar nak masukkan dalam blog ese untuk beritahu orang betapa hebatnya Masjid Pekan Kota.

Balik di K.Lumpur ese pun bercerita mengenai kebersihan Masjid Pekan Kota dengan kawan yang berasal dari Kota.

Katanya: Memanglah bersih, jumaah tidak pernah ada. Imam, bilal,AJk dan penduduk tidak mendirikan solat jumaah.

ujang kutik berkata...

Sdr Syarak Mengata, Adat Menurut,

Sebenarnya fenomena ini bukan berlaku di Masjid Pekan Kota sahaja tetapi mungkin di kebanyakkan masjid di Negeri Sembilan TERMASUK masjid di kampung saya.

Harapan saya semoga Jumaah Tabligh kerap-keraplah mengimarahkan masjid-masjid di Negeri Sembilan.

Kalau ikutkan track record N.Sembilan ini hebat. Tarikat Ahmadiah bertapak hingga ke hari ini di N.Sembilan. Kemudian berkembang hingga ke Singapura, Brunei dan alam nusantara.

Tanpa Nama berkata...

Macam nilah kalau tak ada ahli PAS yang datang mengimarahkan masjid...
Parti PAS hilang 'power' dekat NS, Melaka & Johor. Nasib lah....

Tanpa Nama berkata...

Sodih den dongar masjid tak ado orang sembahyang. Tapi ado ko sobab orang mudo dah tak duduk kampung. nasib baik kampung den kat PD tu masjid dopan rumah tu tak pornah lah tak ada orang solat bilo masuk waktu. Den pun tinggal kat Selangor tapi tak pornah miss balik kampung sobab adik den yang jago rumah kampung. Lai pun kono balik jonguk kubur orang tua. Kereto den kalu orang tenguk plet memang lah selangor dongan wilayah tapi lambang nogori sembilan tak pornah tak ado kat keto. Banggo den jadi orang nogori. Tambah lak maso ni lawak Nabil tu bahaso kito kan. Tapi sodih sobab masuk cito masjid apo lah hal jadi cam ni.

Budak Kampung
PD

ujang kutik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ujang kutik berkata...

Perlukah pegawai dari Jabatan Agama buat spot check dengan mengunjungi masjid khususnya pada waktu solat fardhu subuh? Pegawai-pegawai masjid dibayar elaun mereka - wang rakyat.

echopena berkata...

tersentuh untuk tinggalkan komen bila sebut pasal khutbah . di negara negara lain, hatta di amerika sekalipun, para khatib bercerita ttg tsunami, memberi peringatan kekuasaan Allah mengatasi segalanya, dan menyeru agar kita sama membantu.
tak sangka pula di malaysia cerita tentang menjimatkan air. kadang-kadang makmum tertidur pun tak tahu nak salahkan siapa..

Tanpa Nama berkata...

Kito oghang nogori sobut mosojid ni mosojid koto tompi bilik air eh boghosih.

Tanpa Nama berkata...

..lagipun kalu tak ado oghang sombahyang, jin samo malaikat yang sombahyang. Tak cayo tanyo oghang koto yo tak?

idil... berkata...

ermmm...kt kota tinggi,johor pun ada satu surau/mesjid yg aku penah tumpang solat Maghrib. yg solat selain aku,cume sorang je penduduk situ...yg lain2,ntah mna...padahal sblh surau/,esjid tu ada 3,4 rumah,bengkel n kedai mkn...tp,tu laaa,sedih plak aku tngkkk...x terurus surau tu...T_T

idil... berkata...

ermmm...kt kota tinggi,johor pun ada satu surau/mesjid yg aku penah tumpang solat Maghrib. yg solat selain aku,cume sorang je penduduk situ...yg lain2,ntah mna...padahal sblh surau/,esjid tu ada 3,4 rumah,bengkel n kedai mkn...tp,tu laaa,sedih plak aku tngkkk...x terurus surau tu...T_T