KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110306

Kisah Hospital Rembau

Kalau tak ada Rembau, Negeri Sembilan tak wujud. Sejarah Negeri Sembilan dan Adat Perpatih bermula dari Rembau. Rembau pernah mempunyai kerajaan sendiri yang kuat. Itu dulu, sekarang terpulang kepada anak-anak buah di Rembau untuk menentukan arah tuju masa depan Rembau. Sebut pasal Hospital Rembau, ayah saya telah mengalami kemalangan ketika membuat kerja di rumah pada 27 Julai 2009. Agak teruk kecederaan pada jari tangannya.

Saya sedang bertugas di Senawang ketika itu. Syukur ada jiran yang prihatin mengejarkan ayah ke Hospital Tampin. Saya pun bergegas pulang, bekejar ke Hospital Tampin. Sebelum sempat sampai Hospital Tampin, saya dimaklumkan ayah akan dibawa dengan ambulan ke Hospital Seremban.

Lalu saya pun patahlah balik bekejar pula ke Hospital Seremban. Hospital Seremban tahu sajalah, tak mesra warga emas langsung. Tempat letak kereta punyalah jauh, nak ke hospital macam panjat tangga Batu Caves agaknya. Mungkin lepas ni ada cadangan buat Kereta Kabel dari tempat letak kereta ke bangunan Hospital Seremban.

Itulah sedikit kisah mengenai pengalaman orang Rembau yang sentiasa berkejar antara Hospital Tampin dan Hospital Seremban.

Dulu orang itu ada menjanjikan akan dibina Hospital Rembau dengan kos RM100 juta. Itu 3 tahun dulu, sekarang bayang-bayang Hospital Rembau pun tak nampak lagi seperti diceritakan pada Blog berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Apo nak buek, soba yo lah




2 ulasan:

Tijah berkata...

bajet dah poie kek projek komuter gek eh. hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat janji pilihanraya - rakyat kena tipu hidup2.
Itu pun masih ada yang suka undi dan suka kena tipu - masih sokong! Bangang!