KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110314

Jom selamatkan anak-anak yatim di Kundur, Rembau


Saya sedang mengambil angin di anjung rumah mertua di Kuala Terengganu petang Ahad 13 Mac 2011. Telefon bimbit berdering dari sahabat saya Saudara Mohd Sham Kidam dari KL. Agak cemas bunyi panggilannya. Antara apa yang diperkatakan ialah Rumah Anak Yatim di Kundur, Rembau perlukan bantuan segera kerana mereka terpaksa mencari tempat perlindungan baru atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Katanya Rumah Anak Yatim ini dibawah seliaan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO, menempatkan lebih kurang 30 orang anak yatim lelaki dan perempuan.

Buka cuti sekolah ni mereka perlu mencari rumah perlindungan baru untuk anak-anak yatim lelaki, yang perempuan masih ada tempat perlindungan.

Sahabat sekelian , anak yatim di sini tidak ada menjalankan aktiviti kutip derma, jual barangan dan sebagainya. Mereka mendapat sumbangan dari orang ramai. Dan sekarang mereka ini amat kesempitan.

Jadi inilah masanya kita bantu mereka, kalau kita ragu-ragu nak beri derma kepada mereka yang mengutip derma atau menjual barangan di luar bank dan stesen minyak atau R&R , bantulah anak-anak yatim di Kg Kundur, Rembau ini (dalam DUN Chembong, Parlimen Rembau).

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi terus sahabat saya tadi Mohd Sham Kidam di 012-2763276.

Mungkin sesiapa ada rumah pusaka, rumah tinggal yang masih elok berhampiran Taman Desa Permai, Kundur, Rembau bolehlah beri pinjam sementara menjelang buka sekolah minggu depan.

Sumbangan boleh juga dimasukkan ke akaun :
CIMB ISLAMIC No Akaun 0501-0000019-10-8 atas nama PEYAKIN NS.

Tiada ulasan: