KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110326

Terimakasih anggota Polis Senawang


Sabtu 26 Mac 2011 selepas balik gotong royong di Surau Alamanda, rehat di rumah buka internet. Dengar belakang rumah yang disewa oleh sebuah kilang di Senawang untuk pekerja asing mereka sedang memekak berkaraoke. Sebelum ini ada jiran-jiran sebelah mengadu kepada saya, saya kata laporlah kepada pihak polis, ini bukan bidang kuasa kita. Nanti kita tegur lain pula jadinya.


Saya pun taliponlah Balai Polis Senawang, entah siapa yang jawab saya pun tak dapat tangkap namanya. Saya beritahulah mengenai pekerja asing yang menyewa belakang rumah sedang memekak berkaraoke. Selang beberapa minit kemudian terdengar bunyi senyap, selepas tu telefon daya berdering. Panggilan dari seorang anggota polis yang sedang berada di rumah suspek.

Saya pun cakap terima kasih banyak-banyak. Wah begitu pantas sekali tindakan anggota polis. Tak perlu dail 999, tak perlu Rakan Cop, terus dail balai , bukan main cepat datang. Rasanya polis tadi datang naik motor kapcai je.

Sebenarnya polis kita ni mangsa keadaan. Mereka ikut arahan je. Kesian juga tengok anggota polis ni dalam kes saman ekor, mereka hanya menjalankan tugas saja. Masalahnya menteri tak turun padang cuba faham kenapa sistem yang mereka pasang berjuta-juta ringgit tak boleh kesan nombor plet palsu, motosikal jadi kereta, moto buruk jadi superbike dalam sesetengah kes saman ekor. Tak pasal-pasal polis kena sumpah seranah dalam kes saman ekor. Menteri pula main Tai Chi buat-buat tak faham masalah teknikal dalam saman ekor ni.

Lagi satu kesian tengok polis ni bab SB atau Special Branch. SB yang dalam bidang politik. Selalu SB talipon saya mengenai program setempat. Disebabkan program tersebut memang dah tertera dalam internet atau blog jadi saya beri sajalah maklumat yang dalam blog, lebih-lebih tak boleh lah. Kesian tengok SB kena cari maklumat kena talipon sana-sini.


Apalah salahnya bekalkan SB SB ini dengan netbook siap dengan broadband. Petik jari je dapat semua maklumat. Jadi tak membazir masa, banyak masa polis ni diperlukan untuk mencegah jenayah.

Sekali lagi terima kasih kepada anggota polis Senawang, walaupun saya dengar dulu kurang kereta peronda, kurang anggota , dan banyak masalah lain, tetapi tetap menjalankan tugas demi masyarakat.

Tiada ulasan: