KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110317

Kisah Masjid di Kelantan untuk iktibar kita semua



Cuti sekolah bulan Mac 2011 saya berkesempatan menghantar rombongan perkahwinan anak saudara sebelah isteri di Rantau Panjang. Perjalanan pergi dan balik dari Kuala Terengganu kami melalui jalan pantai.

Sampai saja di Rantau Panjang kami singgah di Masjid Beijing berhampiran pekan Rantau Panjang. Memang mengagumkan senibinanya. Tapi ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak masjid dan kerajaan negeri.

Pertama dari segi user friendly atau mesra pelanggan. Kurang tunjuk arah untuk ke ruang solat, tempat wuduk dan bilik air.

Kedua dari segi mesra OKU, perlu diadakan kemudahan yang sesuai untuk OKU terutama mereka yang berkerusi roda dan bertongkat

Ketiga, kebersihan. Agak mengecewakan kebersihan tandas lelaki. Di luar tandas kelihatan manhole terbuka, kemungkinan sedang dibaiki. Di dalam di dapati tandasnya keseluruhannya tersumbat.

Dalam perjalanan pulang , kami singgah untuk solat di Masjid Haji Taib, Kampung Hujung Repek, Bachok. Walaupun masjid ini kecil, tapi terasa begitu lain suasana masjid ini, tenang, aman, tenteram berada di masjid ini. Walaupun hanya ada dua tandas lelaki tanpa pam, tetapi ianya bersih.

Dalam hati tertanya-tanya siapa yang menjaga masjid ini, kenapa masjid ini lain dari masjid-masjid yang saya solat sebelum ini, bukan sahaja di Kelantan malahan di beberapa tempat lain di Terengganu , Negeri Sembilan dan seterusnya.

Selepas selesai solat, ada seorang pakcik yang masih berada di masjid. Saya bertanyakan suis kipas untuk ditutup, kemudian pakcik tadi pun mulalah bercerita apabila saya tanya sedikit demi sedikit.

Nama pakcik tadi ialah Mokhar orang pangggil Pak Su Ta. Katanya masjid tersebut di bina atas usaha bersama orang kampung. Pada mulanya orang kampung tidak yakin boleh membina masjid tersebut, di mana hendak cari wang, maklumlah mereka hanya orang kampung, kerja kampung, petani sahaja.

Atas persetujuan mesyuarat , sedikit demi sedikit masjid tersebut terbina. Sebelum terdiri masjid , ianya adalah merupakan madrasah kecil sejak tahun 1960an. Bermula tahun 2001 barulah binaan masjid baru bermula.

Nama masjid tersebut Masjid Haji Taib adalah sempena nama ayah Pak Su Ta.

Saya perhatikan , ada pembinaan tandas tambahan. Kata Pak Su Ta nak tambah tandas, dan buat khusus untuk OKU, kesian katanya tengok OKU datang masjid tiada kemudahan. Begitu tersentuh sekali dengar cerita Pak Su Ta.

Saya tanya lagi, packik duduk mana. Di tunjuknya rumah sebelah masjid. Katanya tinggal dia dua orang suami isteri. Anaknya semua lulusan universiti luar negara dan sudah bekerja.

Begitulah kisah Pak Su Ta, yang begitu ramah, begitu bersungguh membina dan memelihara rumah Allah.

Kalaulah ramai orang macam Pak Su Ta ini, walaupun hanya kerja kampung, tapi diberikan rezeki yang melimpah ruah, dapat buat masjid lagi. Bandingkan dengan kita, nak buat tempat masak, khemah, pondok di surau atau masjid pun berkira-kira.

Rozmal http://waghih.blogspot.com/

*****************
Masjid Beijing bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing.

Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai

Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang

Sekitar 2 Km dari Pekan R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.

Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

http://www.rantaupanjang.com/attractions/masjid-beijing/


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak pernah tahu ade masjid beijing kt rantau panjang. Nk balik kg boleh singgah sana.

Bukhari San berkata...

Salam To Blogger Den
Terima kaseh atas kesah MAsjid Haji Taib. FYI. Pak Su Ta telah kembali ke rahmatullah pd 3 Syawal 1432H.
AlFatehah untuk beliau. Smoga usaha memakmurkan masjid oleh beliau untuk medapat pahala yg beterusan.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga pernah singgah di Masjid Haji Taib Bachok ini. Keadaannya masih terjaga. Saya dapat tahu yang Pak Su Tar telah kembali ke Rahmatullah. Tapi masjid ini tetap terpelihara. Saya perhatikan terdapat seseorang lelaki yang nampaknya berkedudukan tapi sering membersihkan masjid dan persekitaranya. Alhamdulillah