KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110330

Tanah Adat N.Sembilan dijadikan Kampung tersusun


Kenapa tanah adat di N.Sembilan ini boleh diambil dengan mudah, murah dan banyak dari orang Melayu dalam projek pembinaan landasan keretapi berkembar tetapi tidak diusahakan untuk diambil tanah adat ini dengan mudah dan murah untuk dijadikan kampung tersusun yang feadahnya akan dapat kembali kepada lebih ramai orang Melayu anak N.Sembilan?

Artikel saya sebelum ini mengenai isu ini : Rumah Pertamaku, mana cerdik pandai di N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2011/03/rumah-pertamaku-mana-cerdik-pandai-di.html

Kampung tersusun di pekan Merlimau

Sinar Harian 30 Mac 2011

SUNGAI RAMBAI - Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat, termasuk menyediakan kediaman lebih selesa bagi keharmonian rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman berkata, menyedari kawasan Merlimau banyak kemudahan, Kerajaan Negeri bakal mewujudkan penempatan kampung tersusun berhampiran pekan Merlimau.

Menurutnya, cadangan itu sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk di kawasan Merlimau memiliki rumah sendiri menerusi projek penempatan tersusun seluas kira-kira 16 hektar.

“Projek ini bersesuaian dengan Merlimau yang banyak keistimewaannya termasuk institusi pengajian tinggi (IPT).

“Secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan di kawasan perindustrian Merlimau dan R&R Sungai Rambai,” katanya pada Majlis Penutupan Tilawah Pendidikan Khas Zon Merlimau, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Penyelia Kanan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri, Yusof Jalamudin; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Nor Hayati Abu Bakar dan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Bahari Ahmad.

Hassan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri berkata, dalam usaha ke arah mencapai matlamat Melaka Maju sepenuhnya banyak lagi projek yang menyumbangkan kepada sumber ekonomi bakal dilaksanakan.

“Projek ini bukan hanya memberi keuntungan kepada rakyat, malah dapat menarik pelancong asing ke negeri ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8920426.asp

Tiada ulasan: