KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110326

Majlis Perbandaran Seremban tak boleh harap langsung

Maaflah ya. Terpaksa guna ayat ini, sebelum ini dah guna cara lembut, sahabat saya Pengerusi Taman Alamanda telah tulis surat, fax, buat aduan secara online mengenai masalah pembuangan sampah dan bahan binaan secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tiada kesudahan sejak bertahun-tahun, terutama kontraktor binaan yang mengubahsuai rumah sesuka hati buang sampah dan bahan binaan di tepi jalan ke dalam lembah berhampiran Surau Taman Alamanda, Senawang.


Dan sekarang ini pula Taman Satria adalah kawasan panas wabak bala demam denggi, dan Taman Alamanda juga tidak terkecuali. Seorang demi seorang penduduk taman ini dan taman sekitar Senawang ini menghidap demam denggi.

Apa Majlis Perbandaran Seremban buat bila dibuat aduan. Mereka hanya letak papan tanda murah guna papan tulis JANGAN BUANG SAMPAH DENDA RM500. Penduduk minta tolong kepada Majlis tolong pasang penghadang besi atau konkrit supaya lori tak boleh nak buang sampah.

Rakyat Malaysia ini ada yang tak reti bahasa, pengotor, suka buang sampah ikut sesuka hati.

Akibat tidak tahan dengan sikap sambil lewa MPS atau Majlis Perbandaran Seremban para penduduk telah bergotong royong meletakkan pita amaran untuk sementara. Dan sedang mengumpul duit daripada penduduk setempat untuk dibina penghadang tetap.

Kalau dah bina penghadang besi nanti MPS jangan pula gatal tangan nak tanggalkan penghadang besi ini kerana tidak mengikut spesifikasi.

Apa guna MPS suruh penduduk bayar cukai pintu untuk setengah tahun 2011 sebelum 28 Feb 2011 kalau tak prihatin masalah setempat ? Bukan murah dekat RM200 cukai pintu untuk setengah tahun.

Kalau lembah bawah tempat pembuangan sampah itu pembentung itu tersumbat, air bertakung, siapa susah? MPS juga kan. Kena belanja berjuta-juta ringgit untuk buat pembentung baru.

Atau memang sikap agensi kerajaan ni suka projek juta-juta ringgit, apa guna pasang penghadang besi beratus-ratus ringgit.

Sekali lagi MPS dan Yang Dipertua juga Menteri Besar, minta maaf ya. Kesabaran penduduk ada hadnya.

Dibawah ini gambar selepas gotong royong pada 26 Mac 2011.












Tiada ulasan: