Khutbah Jumaat sepatutnya menyedarkan jemaah yang hadir agar insaf dan bersatu bertindak atas kemelut iman yang semakin serius. 11.3 peratus atau 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun serta hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh negara. Maharaja Jepun minta rakyatnya bersatu dan bantu membantu menghadapi bencana gempa, tsunami dan krisis nuclear. Maka para khatib sepatutnya menyedarkan jemaah agar bersau menghadapi pelbagai bencana iman, hilang pedoman, sakit mental dan bunuh diri yang juga adalah merupakan bala bencana di Malaysia ketika ini.
Artikel berkaitan sebelum ini :
Khutbah Jumaat, Jangan bekukan otak imam di Malaysia http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-jangan-bekukan-otak-imam.html
Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html
Negara amat perlukan lebih banyak Hospital Mental http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html
LELAKI MAUT TERJUN PANGSAPURI
Utusan Malaysia 16 Mac 2011
MUAR 15 Mac - Seorang pemuda dipercayai mengalami masalah mental maut selepas terjun dari tingkat empat pangsapuri yang didiaminya di Taman Warisan, Jalan Junid di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Zulkarnain Mustafa, 26, (gambar) tiba-tiba bertindak keluar dari rumah dan terjun menerusi koridor rumah pangsa berkenaan.
Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, meninggal dunia pada pukul 5.30 petang akibat kecederaan parah.
Menurut ibu mangsa, Nora Omar, 49, dia serta dua anaknya yang lain sedang berada di dalam rumah semasa kejadian berlaku.
Katanya, anak keempat daripada lapan beradik itu mengidap sakit mental sejak 1999 dan seringkali berulang-alik mendapatkan rawatan di HPSF.
"Saya memang terkejut dengan apa yang berlaku sebab dia baru sahaja keluar dari wad hospital sejak tiga hari lalu dan keadaannya semakin baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dia yang reda dengan takdir berlaku menyifatkan anaknya itu seorang baik dan bijak sebelum mengidap penyakit tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_09.htm
1 ulasan:
Salam.
Khutbah di Malaysia...tidak bermaya dan statik, Khatib sepatutnya "berkhutbah" bukan "baca" khutbah, isinya sepatutnya "Current Issue" dan khatib sewajarlah study@update ditambahkan dgn. gaya...Makmun pula jgn lah pula terlebih "tawadduk" hingga ada bunyi...
Catat Ulasan