Pada 20 Jan 2011 dilaporkan empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, Sabah, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai. 1 Mac 2011 pula seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh seorang guru di Kelantan.
Kisah guru mengamuk di Sabah di http://waghih.blogspot.com/2011/01/guru-malaysia-dah-sakit-mental-mengamuk.html
Apa sudah jadi dengan guru kita, sekolah kita, kementerian pelajaran, pelajar kita? Kita mengejar 5A UPSR, 8A PMR, 9A SPM, tapi berapa A dalam Kesihatan Mental, berapa A dalam Iman dan Amal ?
BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU
Utusan Malaysia 2 Mac 2011
KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang kelmarin ketika lelaki terbabit, Mohamed Noor Salleh, 56, datang ke sekolah berkenaan di Rancangan Pembangunan Tanah Chuchuh Puteri di sini untuk mengadu tindakan guru itu yang didakwa mendenda anaknya selama dua hari berturut-turut.
Menurutnya, beberapa jam selepas itu, guru berkenaan tiba-tiba menyerangnya dengan parang panjang ketika dia minum di sebuah kedai makan bersama beberapa penduduk kampung.
"Saya pergi ke sekolah untuk bertanya mengenai hukuman guru berkenaan terhadap anak saya dan meminta pihak sekolah memberi penjelasan.
"Bagaimanapun, waktu petang ketika sedang minum, guru itu tiba-tiba datang menyerang saya dengan melibas sebilah parang, mujurlah tidak kena pada saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohamed Noor, dia terselamat apabila sekumpulan 20 penduduk kampung datang membantu menenangkan guru terbabit yang juga warden asrama sekolah berkenaan.
Dakwanya lagi, insiden tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja apabila guru berkenaan memarahinya ketika mereka bertemu di pagar sekolah kira-kira pukul 6.45 petang hari yang sama ketika dia dan isterinya datang menjemput anak mereka yang tinggal di asrama.
Ketika itu, dakwanya, guru lelaki berkenaan ditemani dua ahli keluarganya yang turut bertindak memarahinya.
Sehari sebelum kejadian itu, isterinya juga dimaki-hamun oleh guru berkenaan apabila datang ke sekolah bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya mendenda anak lelaki mereka yang belajar di tahun enam.
"Guru itu mencabar isteri saya supaya berjumpa dengan guru besar dan buat aduan, sebab itulah saya sendiri datang keesokannya untuk membuat aduan.
"Tetapi apabila saya datang ke sekolah, guru itu pula marah dengan tindakan saya dan menyerang saya dengan parang," dakwanya.
Berikutan tindakan guru terbabit, Mohamed Noor membuat satu laporan di balai polis berdekatan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarganya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Rahim Ab. Ghani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes itu sedang disiasat.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussin Awang berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan meminta laporan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm

3 ulasan:
Salam bro! sudah lama aku tak menjengah blog ni, masih hebat lagi, syabas!.
Ini adalah soalan2 yang selalu bermain di media.
1. Benarkah guru sekarang banyak kerja?
Mengikut kajian terdapat lebih kurang 126 tugas guru sekarang!
dan mengikut purata ada 43 jawatan kuasa dalam sesebuah sekolah. Macam aku sendiri pegang jawatan a.Ketua warden, b. LINUS (buta huruf), c. Pusat Sumber, d. Media, e. ICT, d. Panitia PJK, e. Panitia Pend. Sivik dan paling teruk f. Penyelaras Empangan air minum. Belum yang adhoc!
2. Benarkah guru sekarang stress?
Mahunya tak stress kalau ada 12 akta yang akan menghukum guru jika membuat salah.
3. Benarkah guru sekarang pemalas?
Mungkin juga tapi bukan guru2 di Malaysia la sebab sekolah aku gotong royong 45 kali setahun.
4. Benarkah guru sekarang guru loceng?
Habis tu sapa lagi nak bunyikan loceng?
sekadar berkongsi... hee..2
Ini tugas seorang guru pada zaman skrg..Ini semua akibat dasar/polisi kementerian kita skrg.
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
So, kesimpulan dia...Tidak hairan ramai guru yg stress akibat bebanan kerja yg melebih-lebih akibat tuntutan kementerian pelajaran dan juga ibu-bapa pelajar sendiri yg taksyuk dengan pelajaran anak mereka
Catat Ulasan