KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060909

Biar Mahal Asalkan Halal

Setiap kali kita ke pasaraya yang terkenal di mana-mana, begitu sukar sekali untuk mendapatkan produk makanan yang diusahakan oleh usahawan Islam. Kalau ada pun diletak ditempat yang tidak strategik dan tidak banyak pilihan.

Kebiadapan pengusaha Roti High 5 yang menggunakan minyak yang tidak halal dan keadaan kilang yang amat kotor sepatutnya menyedarkan umat Islam di Malaysia ini agar lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan tidak kedekut untuk memilih makanan yang halal. Jangan kerana ianya lebih murah 20-30 sen atau 1-2 ringgit dan lebih mudah didapati kita lebih suka membeli produk yang bukan diusahakan oleh orang Islam.

Banyak sebenarnya produk makanan yang diusahakan oleh bumiputra Islam di Malaysia ini, dan kebanyakkan adalah dibawah bimbingan beberapa agensi kerajaan seperti FAMA, Jabatan Pertanian, MARA, Persatuan Nelayan, LKIM, industri kampung dan sebagainya.

Sebenarnya telah ada beberapa pengusaha bebas yang telah mengusahakan produk-produk ini secara berpusat seperti Halal Mart atau Halal Hub. Di Lembah Kelang mungkin konsep ini telah meluas, tapi di negeri lain ianya baru bermula.

Justeru itu adalah disarankan agar umat Islam mengusahakan perniagaan ini, dan anggaplah ianya sebagai ibadah untuk memberikan makanan yang halal kepada umat Islam di Malaysia ini. Dan umat Islam hendaklah menyokong usaha ini, sepertimana orang Yahudi di negara luar akan menyokong produk Yahudi mereka walaupun ianya lebih mahal dan lebih jauh untuk diperolehi.

Dengan ini secara tidak langsung akan menambahkan peluang pekerjaan dikalangan orang Islam. Walauapapun yang penting ialah makanan halal yang diredhai Allah, jika makanan kita tidak halal segala ibadah kita sia-sia sahaja.

Baru-baru ini semasa Expo Koperasi di Paroi kami sekeluarga mencuba Sirap keluaran Agromas. Harganya bawah RM 5. Kualitinya jauh lebih baik dari sirap lain di pasaran yang terasa bahan pengawetnya dan gula yang tidak asli.

BIAR MAHAL ASALKAN HALAL

Baru-baru ini saya dapati di Taman Desa Dahlia, Senawang baru dibuka kedai yang berkonsepkan Halal Hub ini. Berikut alamatnya dan dilampirkan gambar kedai berkenaan :

AZBINS FROZEN FOOD
No 22, Lorong D/D 1/8, Taman Desa Dahlia, 70450 Senawang, NS

Pengurus : Mej (B) Sazali bin Abd Aziz
Tal : 019-6238344 , 06-6770809

Menjual dan mengedar ; Makanan sejuk beku, makanan ringan, makanan segera, produk hasil laut, produk hasil ternakan, jus buah-buahan