KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121112

Sejarah awal Islam di Malaysia yang semakin dilupakan





Ramai pakar sejarah telah membuat kajian di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan. Misteri besar sejarah dan Islam terdapat di sini kerana ianya menempatkan satu-satunya rangkaian batu megalitik atau batu hidup yang mempunyai bentuk ukiran serta tulisan kalimah Allah yang wujud sejak tahun 137 Masihi.

Seorang peminat sejarah dari Singapura telah melawat tempat ini. Pemandu teksi yang membawa pelancong Singapura tersebut hairan kenapa orang luar hendak pergi ke kompleks sejarah yang sunyi dan terpencil ini. Setelah diterangkan oleh pelancong tadi kepada pemandu teksi betapa besarnya kesan sejarah yang terdapat di sini, pemandu teksi tadi terperanjat, kerana dah 20 tahun dia lalu lalang di kawasan ini, tetapi dia tak tahu pun tempat ini begitu penting.

Saya telah lama berkeinginan untuk singgah. Hari ini saya berkesempatan membawa keluarga saya melawat. SubhanAllah, memang benar ada kalimah Allah pada batu megalitik tersebut. Lalu saya terangkan kepada anak-anak saya bahawa Negeri Sembilan banyak tempat bersejarah, lebih hebat dari Melaka, tapi mereka yang sepatutnya mempromosi produk pelancongan di Negeri Sembilan ini lemah, bak kata orang Nogoghi, tak menugheh.

Apabila saya pergi ke kompleks berkenaan boleh dikatakan tidak ada bahan bacaan atau pameran yang menceritakan lebih lanjut akan makam serta batu megalitik yang terdapat di sini. Yang ada papan tanda Jabatan Agama jangan buat benda khurafat di makam berkenaan.

Sekarang ni ahli politik sibuk nak perjuangkan Islam, tapi sejarah awal Islam di tempat sendiri pun mereka tak tahu dan tak nak promosikan.

*********************

Nama lama untuk Port Dickson ialah Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga ialah Arang dimana dulu terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port Dickson.

Dipercayai pihak Inggeris telah memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke Tanjong dan memberi nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang bertanggungjawab ketika itu Sir John Frederick Dickson

Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun yang dipercayai wali Allah.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

My developer is trying to persuade me to move to .
net from PHP. I have always disliked the idea because of the expenses.
But he's tryiong none the less. I've been using WordPress on a variety of websites for about a year and am concerned about switching to another
platform. I have heard very good things about blogengine.
net. Is there a way I can transfer all my wordpress posts into it?
Any kind of help would be really appreciated!

Feel free to surf to my website; ford ranger

Tanpa Nama berkata...

I know this website gives quality based posts and extra information, is there any other site which presents these data in quality?


My web-site :: stretch Mark Creams