KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121130

Tak de ke Ustaz YouTube dari N.Sembilan?


Baru-baru ini saya berjumpa seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di sebuah sekolah ketika cuti sekolah di pondok keselamatan. Memang membosankan kerja pengawal keselamatan jika bukan waktu sekolah, tiada pelajar, hanya beberapa kakitangan pejabat sekolah yang ada.

Tapi pengawal keselamatan yang ini mempunyai hobi yang boleh dikatakan lain dari yang lain untuk mengisi masa lapangnya apabila selesai rondaan. Dia akan mengaji Al Quran, membaca buku atau menonton ceramah yang dia muat turun dari internet terutama You Tube.

Ceramah yang dia rakam adalah dari penceramah yang pelbagai latar belakang, ada yang pro PAS, ada yang pro Umno, ada yang atas pagar, ada yang Tarekat, ada yang Wahabi, habis semua dirakamnya dan didengarinya dengan teliti. Dia kata walaupun dia dengar ceramah dari pelbagai latar belakang penceramah, dia cuma ambil ilmu yang disampaikan sahaja, bukannya menyokong latar belakang penceramah tadi.

Saya pun bersetuju dengan pendapat dia. Kalau kita ambil ilmu yang benar daripada mana-mana latarbelakang penceramah, kita umat Islam akan bersatu, tapi kalau kita hanya semata-mata menyokong latarbelakang penceramah, kita akan berpecah belah.

Lalu saya tanya pada dia, semua ceramah yang dia rakam tadi, penceramahnya semua bukan orang Negeri Sembilan. Tak ada ke penceramah dari N.Sembilan, katanya tak ada langsung.

Lah, sebanyak-banyak penceramah N.Sembilan yang sodap-sodap berceramah yang boleh membuatkan anak muda terbeliak biji mata khusyuk mendengar ceramah mereka dalam loghat N.Sembilan tak kan satu pun yang tak ada dalam You Tube? Dalam radio Negeri FM mereka selalu ceramah takkan dalam You Tube tak ada? Sodih den nengok nasib penceramah kito !

Macam ni lah. Kalau dah tak ada siapa mampu mengikut penceramah-penceramah ini di sesi kuliah mereka, rakam dan masukkan dalam You Tube dan kemudian dipromosikan, apa kata Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atau Pusat Dakwah Negeri Sembilan keluarkan dana untuk upah seorang perakam bebas terutamanya siswazah yang minat ada kemahiran dan menganggur melakukan kerja ini dengan dibayar elaun atau upah mengikut jam atau minit yang disiarkan dalam You Tube.

Cadangan ini saya tujukan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan dari kerajaan Barisan Nasional atau jika diizinkan Allah, Menteri Besar Negeri Sembilan dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Cadangan ini bukan dari ahli Umno atau ahli PAS atau ahli PKR, tapi cadangan dari rakyat Negeri Sembilan yang beragama Islam.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hasil carian, adaceramah Ustaz Kushairi...
http://youtu.be/PCbVAgWpWck

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/results?search_query=ustaz+surol&oq=ustaz+surol&gs_l=youtube.3...7761.9170.0.10205.5.5.0.0.0.0.144.629.1j4.5.0...0.0...1ac.1.GJ60Yc0w2jY

Tanpa Nama berkata...

setuju. setuju. setuju!