Inilah realiti
alam Melayu pada ketika ini. Semoga semua pihak dapat mengambil iktibar dan
pengajaran dari peristiwa ini.
6 Nov 2012 BATU
PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan
tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis
palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran
kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki
berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu
apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu,
dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang lelaki
terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya
menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan
pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.
“Dalam SMS itu
dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang
sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang
hantaran RM12,000.
“Curiga dengan
mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu
tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian
Metro.
BATU PAHAT -
Seorang wanita terpaksa menanggung malu dan mengalami kerugian lebih RM20,000
selepas majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan gara-gara lelaki yang bakal
menjadi suaminya tidak muncul pada hari pernikahan mereka.
Ekoran tindakan lelaki itu, majlis perkahwinan yang
sepatutnya diadakan pada Jumaat lalu di rumah pengantin perempuan terpaksa
ditukar menjadi kenduri kesyukuran.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 23, dari
Kampung Bagan Darat di sini memberitahu, dia mula menyedari dirinya ditipu
setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bakal suaminya itu yang
menyatakan lelaki itu dirompak di Sungai Dulang dekat sini pada Isnin lalu.
"Sepatutnya dia menyerahkan wang hantaran sebanyak RM12,000
pada Isnin lalu tetapi saya menerima SMS daripadanya mengatakan wang yang
dikeluarkan dari sebuah bank sebanyak RM18,000 telah dirompak.
"Dia
kemudian membuat laporan di Balai Polis Rengit. Bagaimanapun, ketika membuat
laporan polis, dia beritahu hanya dirompak RM8,000," katanya ketika
ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Darat di sini semalam.
2 ulasan:
Like.
lebih baik dari hutang dengan ah long.
Catat Ulasan