Sering kali saya menerima panggilan berkemungkinan daripada
seorang ibu yang anak perempuan mereka bermasalah, terlanjur dan mungkin sedang
mengandungkan anak luar nikah. Saya terperanjat mereka bertanyakan adakah saya
bekerja di rumah perlindungan remaja terlanjur.
Rupa-rupanya sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai
sebuah rumah perlindungan yang saya terjumpa di internet, dan saya cuma
hebahkan maklumat tersebut.
Apakah di luar sana
ramai ibu-ibu serta remaja perempuan yang terlanjur, yang ingin kembali ke
pangkal jalan tidak ada rumah perlindungan di kawasan mereka? Mana pergi Kementerian Wanita, mana pergi JAKIM,
mana pergi Majlis Agama? Mereka sepatutnya sering mempromosi hotline rumah perlindungan
mereka di Utusan, TV1, TV3, internet dan sebagainya.
Saya dihubungi
melalui e-mel, seorang sukarelawan yang mengendalikan rumah perlindungan untuk
remaja terlanjur ini iaitu Rumah Perlindungan Puteri Arafiah di Seksyen 7 Shah Alam. Mereka yang ingin bertanyakan
lebih lanjut mengenai Rumah Perlindungan Puteri Arafiah bolehlah menghubungi
Puan Lin 019-3603234 atau melalui e-mel lin_hezri@yahoo.com
Artikel saya
sebelum ini bertajuk ”Ke mana nak hantar remaja perempuan terlanjur,
bermasalah?” di http://waghih.blogspot.com/2012/03/ke-mana-nak-hantar-remaja-perempuan.html
1 ulasan:
assalam..sya farah mencari anak angkat jika ada blh hubungi sya 0175662498
Catat Ulasan