Ketika melalui satu jalan utama di
Negeri Sembilan saya ternampak satu kain rentang besar yang digantung
di pintu pagar sebuah premis perniagaan. Kain rentang tersebut
tertulis “MAKANAN DARI LUAR TIDAK DIBENARKAN TERMASUK KUEH PAU
INI”.
Di luar pintu pagar premis perniagaan
tersebut ada seorang peniaga Melayu yang menjual kueh pau menggunakan
payung sahaja.
Peniaga yang menulis kain rentang tadi
memang telah lama berniaga di situ. Yang berniaga kueh pau tadi baru
lagi. Dua-dua peniaga Melayu, tapi yang satu terkenal dengan air
minuman, dan yang baru cuma berniaga pau.
Sebelum ini saya sekeluarga pernah
mengunjungi warung-warung berhampiran Stadium Paroi. Saya duduklah
satu warung ni. Saya pun pesanlah makanan dari warung A dan duduk di
warung A. Kemudian anak saya pergilah pesan ABC di warung B,
betul-betul sebelah warung A.
Peniaga warung B kata , kalau nak minum
ABC kena duduk di warung B. Sejak dari itu saya hanya berkunjung ke
warung A, makanannya pun sedap, peniaganya pun ramah.
Macam manalah peniaga dan usahawan
Melayu nak maju. Bukankah rezeki itu dari Allah. Itu baru berniaga
pau, air minuman dan makanan, belum lagi berniaga cincin berlian, beg
tangan, kapal selam, jet, lembu, kondominium dan sebagainya.
3 ulasan:
Ese setuju dgn pendapat tuan.
Kek Ghombau ada sebuah warung yg ese tak akan poi lagi.Dia buat tidak tahu sahaja - tak layan!
Mmg itulah hakikatnya spt mn yg tuan nyatakan. Sy bkn x nk support peniaga Melayu. Tp sikap sebeginilah yg membuatkan bangsanya lari kpd peniaga bangsa lain. Angkuh pd bangsa sendiri namun bila berhadapan dengan bangsa asing sanggup berlutut demi survivalnya. Tiada lgsg customer service bila bermuammalah. Sy sendiri pernah berhadapan dgn peniaga spt ini. Hanya krn menukar duit syiling bernilai rm 10, peniaga berkenaan merungut dan mengungkit kerugian yg dialaminya dihadapan sy dan beberapa pelanggan lain. Sudahlah lantai yang bertakung dgn air dibiarkan begitu sahaja, yang disibukkannya kerugian kerugian duit syiling tadi. Apabila saya membatalkan hajat utk menukarkan duit syiling tersebut, peniaga itu berlalu begitu sahaja.
ada sapa2 nak khidmat bomoh/pawang..?
Catat Ulasan