Tempat kerja saya giat mengadakan program dan kempen kitar
semula. Saya kata kepada rakan sekerja saya bahawa ada orang cari rezeki dengan
mengutip sampah boleh dapat RM50 sehari. Rakan saya kata memang benar, bahkan boleh dapat lebih dari itu.
Rakan saya kata
dia ada kenal satu keluarga adik beradik sejak sekian lama yang mencari rezeki
dengan mengutip bahan buangan di tepi-tepi jalan sekitar Seremban. Mereka ni
tidak berkahwin dan tinggal di pondok dalam kawasan kuil (bukan masjid atau
balairaya).
Yang abang akan
bawa kereta sorong pusing keliling Seremban cari sampah, yang abang akan pusing
juga keliling Seremban bawa basikal buruk cari sampah. Mereka ini tidak tahu
mengira, menulis dan membaca. Apabila mereka jual bahan kitar semula yang dari
sampah ini ke pusat pengumpulan, taukeh akan beri mereka duit. Disebabkan
mereka tidak tahu mengira, mereka terima saja apa yang dapat.
Setiap hari
mereka akan pergi ke bank untuk memasukkan duit ke dalam akaun. Disebabkan
mereka tidak tahu mengira, menulis dan membaca, kerani bank akan tolong isikan
borang dan sebagainya. Setiap hari mereka hanya masukkan duit tapi tidak
mengeluarkan duit.
Mereka hidup ala
kadar, makan ala kadar, tidak pernah meminta bantuan mana-mana pihak, tidak
pernah mengadu, kerana mereka reda dengan kehidupan mereka. Mereka juga tidak
pernah meninggalkan solat. Kalau ke mana-mana mereka dalam perjalanan kutip
sampah, mereka akan solat tepi jalan.
Yang abang pula
hari-hari akan berjalan kaki ke sebuah taman perumahan yang berhampiran (yang
agak jauh juga) untuk solat apabila selesai bekerja.
Memang kagum.
Tidak ada ijazah, tidak tahu membaca, menulis, mengira tapi Allah berikan
mereka rezeki yang halal. Tidak risau langsung pasal hutang. Yang penting
mereka tidak tinggal solat walaupun tinggal di kawasan kuil.
Sungguh hebat apa
yang diceritakan oleh rakan saya tadi. InsyaAllah saya akan cuba mencari keluarga
ini untuk mengambil pengajaran dan iktibar.
Kawan saya kata,
mereka ini boleh dikatakan dari golongan orang yang lurus bendul (naif), serta
orang yang mulut mereka masin apabila ditanya keadaan mereka kepada seorang
ulama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan