KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121114

Lanjutan Keperluan mendesak rumah perlindungan wanita di Malaysia



Baru saya tulis mengenai ramai wanita yang bertanyakan rumah perlindungan wanita. Untuk makluman semua, saya tidak mengendalikan rumah perlindungan wanita, cuma kenal seorang dua yang kendalikan rumah perlindungan secara sukarela.

Jika sebelum ini saya menerima banyak panggilan telefon dari wanita bertanyakan tempat untuk menghantar remaja perempuan yang bermasalah, semalam ketika saya sedang memandu kereta bersama keluarga di Senawang, saya dapat satu panggilan telefon.

Buat pertama kali panggilan telefon kali ini dari seorang lelaki, bertanyakan rumah perlindungan wanita di Kuala Lumpur, dan dia perlukan segera. Disebabkan saya tidak tahu rumah perlindungan di Kuala Lumpur, saya beri nombor rumah perlindungan di Shah Alam. Itu pun saya minta dia tunggu dulu, sebab nombor saya kena cari semula dalam internet bila sampai rumah.

Apa sudah jadi dengan Talian Nur JKM yang pasti ada bajet yang banyak untuk telefonis menjawab segala panggilan telefon didalam pejabat yang empuk, bukan seperti saya yang tiada bajet, perlu menjawab ketika memandu?

Artikel saya sebelum ini bertajuk ”Keperluan mendesak rumah perlindungan wanita di Malaysia” di http://waghih.blogspot.com/2012/11/keperluan-mendesak-rumah-perlindungan.html

Kewaja: ‘Kami diaibkan’
11 November 2012

KUALA LUMPUR - “Lebih 20 tahun kami membuat kerja bagi menutup aib pelatih dan keluarga yang bermasalah, akhirnya kami sendiri telah diaibkan,” kata pengendali dan Pengetua Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof apabila pusat perlindungan itu ditutup dan disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, kelmarin.


Rumah jagaan wanita diserbu
10 Nov 2012

Kuala Lumpur: Sebuah pusat jagaan wanita menempatkan 69 penghuni yang terpaksa berhimpit-himpit dalam sebuah rumah teres satu tingkat di sini, ditutup kerana beroperasi secara haram. Ketika serbuan di Pusat Jagaan Kebahagiaan Wanita dan Remaja (KEWAJA) di Jalan Sungai Mulia, Setapak, rumah itu dihuni 42 wanita mengandung, 19 ibu sedang berpantang dan 7 penghuni bermasalah serta seorang bayi perempuan berusia lima bulan.

Tiada ulasan: