Hari ini sempena Deepavali saya bawa keluarga melawat Pusat Kaji Bintang tercanggih di Asia Tenggara dengan teleskop terbesar di Malaysia yang bernilai RM 1.8 juta dalam kompleks bernilai RM 30 juta. Kami pergi jam 11 tengahari. TUTUP. Dahlah tutup, kawasan ruang legar Pusat Kaji Bintang berkenaan kosong. Walhal pemandangan sekitar amat menarik dan cantik sekali, nampak pantai Telok Kemang yang cantik serta Selat Melaka yang indah. Kenapa masih belum di buka Pusat Kaji Bintang ini kepada umum seperti di Melaka, walhal teleskop di Melaka tidak secanggih dan semahal di N.Sembilan?
Balai cerap Kompleks Baitul Hilal
canggih
17 April 2012
PORT DICKSON: Balai cerap di Kompleks
Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini yang mula beroperasi bulan lalu,
bakal menjadi daya tarikan terbaru pusat peranginan Port Dickson.
Memiliki teleskop tercanggih di Asia
Tenggara serta terbesar di Malaysia bernilai RM1.8 juta, balai cerap
itu menjadi pusat kegiatan melihat anak bulan, kajian bintang dan
sistem cakerawala bagi menjana kemajuan ilmu falak.
"Balai cerap ini juga satu usaha
meningkatkan kesedaran dalam bidang astronomi pada kalangan pelajar
dan orang ramai," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat
Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail, kepada
pemberita, di sini hari ini.
Antara kemudahan yang terdapat di balai
cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200
orang, surau dan bilik kuliah serta galeri yang menempatkan bahan
sejarah berkaitan cerapan dan astronomi dalam Islam.
Pengurusan balai cerap ini dilakukan
secara usahasama antara Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Universiti
Malaya (UM).
Mohammad Razi berkata, selain balai
cerap, Kompleks Baitul Hilal yang terletak di atas kawasan seluas 1.2
hektar itu turut menempatkan sebuah hotel iaitu Klana Beach Resort
Port Dickson.
Hotel setinggi tiga tingkat dengan 82
bilik serta tiga apartmen itu mula beroperasi Disember lalu dan
tetamunya mempunyai akses untuk terbabit dalam program cerapan anak
bulan hijrah yang akan dilakukan setiap bulan oleh jabatan mufti dan
UM.
Projek pembinaan balai cerap dan hotel
tersebut adalah usahasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
(Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang
merupakan pemilik tanah.
Projek menelan belanja RM30 juta yang
mana RM18 juta dibiayai melalui peruntukan Jawhar manakala selebihnya
peruntukan MAINS. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan