Sepatutnya apabila
ada masalah rumah tangga, masjid patut dijadikan tempat rujukan dan
bertenang, tetapi kenapa mereka memilih
kafe siber pula tempat rujukan dan bertenang? Adakah kerana banyak
masjid-masjid di Malaysia ini telah mati seperti yang saya tulis
sebelum ini di
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html
LELAKI PILIH KAFE SIBER
JAUHI LETERAN ISTERI
22
Nov. 2012 - Akibat tertekan dengan bebelan isteri atau ibu bapa
semasa berada di rumah, ramai golongan lelaki berusia bawah 50 tahun
menghabiskan masa bermain judi secara dalam talian di kafe siber.
Bermula sebagai tempat melepaskan
geram, lama-kelamaan mereka menjadi seronok dan ketagih dengan
kegiatan haram tersebut sehingga ada 'kaki judi' yang tegar sanggup
berhutang dengan ah long.
Permintaan tinggi terhadap perjudian
dalam talian menyebabkan ramai sindiket bersaing membuka kafe siber
dengan menawarkan beberapa tarikan kepada pengunjung sehingga
menyukarkan pihak polis membendung aktiviti haram tersebut terutama
di empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi
Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk
Abdul Jalil Hassan berkata, walaupun operasi pembanterasan menerusi
'Op Dadu' giat dijalankan oleh polis dan banyak sindiket berjaya
ditumpaskan namun kewujudan kafe siber yang menawarkan khidmat
perjudian ini tetap 'tumbuh bak cendawan' di negara ini.
TABUNG MASJID JADI SASARAN PENCURI
22 Nov 2012 -
Kegiatan pecah tabung masjid menjadi
kebimbangan jemaah Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai,
Setapak di sini apabila tabung masjid itu menjadi sasaran buat kali
ketiga dalam tempoh seminggu lalu.
Satu sumber berkata, kejadian terbaru
pada malam kelmarin hanya disedari oleh imam masjid berkenaan yang
terkejut apabila mendapati mangga pada tabung itu sudah dipecahkan
manakala tabung kosong.
Bagaimanapun, kata sumber itu, tidak
diketahui berapa banyak duit dalam tabung itu. Kejadian tersebut
dilaporkan kepada polis pada pukul 3 pagi semalam.
“Kejadian pecah tabung itu
kemungkinan berlaku antara pukul 10 malam hingga pukul 3 pagi semalam
selepas kesemua jemaah pulang sebaik selesai menunaikan solat Isyak,”
kata sumber itu.
Menurut sumber itu, dua hari sebelum
itu, dua kejadian sama berlaku berturut-turut dengan pencuri mengait
duit dari dalam tabung menggunakan dawai penyangkut baju yang diubai
suai.
Tiada laporan polis dibuat berhubung
kejadian pertama dan kedua.
Jelas sumber itu lagi, imam masjid
berkenaan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh
orang awam yang menjadikan masjid sebagai tempat tidur sementara dan
mereka yang mengetahui selok-belok dalam masjid itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan