Baru-baru ini saya sekeluarga pergi ke
majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Guru Haji Jalalluddin Abdul
Wahid di Kg Chenong, Chengkau, Negeri Sembilan. Tuan Guru Haji
Jalaluddin tidak secergas dahulu, cakap pun tidak berapa kuat, tapi
Alhamdulillah masih boleh berjalan. Saya minta doakan beliau doakan
khusus untuk kemenangan Islam setempat. Raut wajahnya mendatangkan
ketenangan siapa yang berjumpa dengan beliau.
Sambil menikmati teh tarik selepas
menjamu selera , kami sekeluarga amat kagum dengan rumah tradisional
yang didiami oleh keluarga sebelah isteri Tuan Guru. Ianya dijaga
dengan begitu rapi dan begitu cantik sekali seni binanya. Rasanya
kalah muzium , keindahan rumah tradisional ini.
Saya tak sempat berbual dengan tuan
rumah , bagaimana mereka dapat menjaga rumah lama sebegini yang amat
sukar dicari di Negeri Sembilan pada ketika ini. Kalau ada, ianya
tidak dijaga serapi ini, dan banyak yang telah usang dan roboh.
Saya juga tak pasti samada kerajaan
Negeri Sembilan memberi galakan serta insentif kepada rakyat Negeri
Sembilan untuk memulihara warisan Adat Perpatih yang semakin luput.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan