Semasa ceramah oleh Dr Mohd Arif Kasmo di Surau Alamanda,
Senawang beliau mengatakan antara salah satu punca perceraian di kalangan
mereka yang baru atau telah lama mendirikan rumahtangga termasuk mereka yang
sudah menjangkau usia 50 ke 60 tahun ialah suami tidak memahami masalah Pre-Menstrual
Syndrome (PSM) atau Sindrom Pra Haid.
PSM ini dialami
juga oleh wanita yang putus haid. Ketika PSM , hormon wanita dalam badan adalah
amat tidak stabil menyebabkan tingkah laku mereka juga tidak stabil. Dr
Arif yang pakar biologi pernah bertanya kepada pengendali kursus pra perkahwinan,
adakah perkara ini pernah diajar kepada bakal suami.
Nampaknya PSM ini tidak pernah disentuh dalam kursus
perkahwinan yang dia tanya.
Apabila isteri mengalami PSM, para suami hendaklah banyak
bersabar.
Semua ini ada
diceritakan secara saintifik dalam Al Quran.
Begitu juga
dengan tempoh mengandung wanita dalam Al Quran ialah 6 bulan bukan 9 bulan. Ini
adalah kerana kajian sains terkini mendapati kandungan berusia 6 bulan boleh
hidup diluar rahim jika diberi penjagaan rapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan