Siapa yang masih ada ibu, jagalah
mereka sebaik mungkin, sebelum terlambat.
‘Kerana mak tiada ganti’
17 Nov 2012
KUALA LUMPUR: “Tolong pakaikan lampin
mak...Hubungi mak saudara suruh bantu kamu kalau boleh. Siapkan makan
dia,” tulisan tangan yang dijumpai di papan putih atas meja
komputer dituju kepada anak lelaki seorang wanita uzur dipercayai
ditulis seorang jiran prihatin.
Papan putih bersaiz kecil itu turut
disertakan nombor telefon seseorang yang mungkin mudah dihubungi
jiran sekiranya terjadi perkara tidak diingini kepada Rahamah Ismail,
73, ketika ditinggalkan sendirian pada waktu pagi hingga tengah
malam.
“Saya rindu dengan cucu lelaki yang
tidak pernah jumpa selepas anak bercerai dengan isterinya dan pindah
ke Terengganu.
“Anak saya kerja dari pagi sampai
lewat malam baru balik, anak tiri pula jauh dan sudah berkeluarga.
Tinggal pula jauh, ada datang menjenguk sekali sekala dan hulur
wang,” kata Rahamah ketika ditemui semalam.
Keadaan fizikalnya yang uzur,
membongkok dan terpaksa dibantu sepanjang masa untuk mengurus diri
selain tidak larat membuat kerja rumah menyebabkan seorang jiran
warga asing menghulur bantuan kepadanya sejak dua tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan