Saya tidak mengikuti perkembangan
pilihanraya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini. Tetapi apabila
rakan sekerja saya yang bukan Melayu mengatakan bahawa antara faktor
kemenangan Obama ialah Obama menguasai kempen di internet dengan
penggunaan twitter, e-mail dan sebagainya, saya pun tertarik, kerana
takkan tak cukup dengan kempen di TV, kerana dia seorang Presiden
sebelum ini.
Faktor kedua kemenangan Obama menurut
rakan saya lagi ialah pesaingnya iaitu Mitt Romney melakukan serangan
peribadi terhadap Obama, sedangkan Obama sepanjang kempennya hanya
menjelaskan dasar-dasar yang akan dilakukannya sekiranya diberi
mandat sekali lagi untuk menerajui negara. Motto kempennya ialah
bukan memberitahu rakyat jasa-jasa beliau sebelum ini , tapi
memberitahu rakyat bahawa masih banyak lagi kerja untuk dilakukan
untuk masa depan negara iaitu “We've Got More Work To Do”.
Saya pun carilah dalam internet siapa
yang mengetuai atau merupakan “master mind” kempen Obama.
Rupa-rupanya Obama telah melantik seorang Islam untuk menjadi Ketua
Saintis dalam jentera kempen beliau. Ketua Saintis Islam ini berumur
awal 30an, mendapat pendidikan awal di negara asal beliau di Asia
berhampiran Malaysia, mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Tertinggi
dalam Matematik dan Sains Komputer serta Ijazah Sarjana dalam
Penerokaan Ilmu dan Pengkajian Data (Knowledge Discovery and Data
Mining) dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Ketua Saintis Islam ini telah melakukan
banyak kajian, banyak maklum balas, banyak dapatan, menggunakan
kaedah saintifik dan sebagainya untuk mengolah dan membentuk
keseluruhan jentera kempen Obama, seolah-olah macam siri TV Numbers.
Dari olah data dan nombor banyak kes jenayah dapat diselesaikan dalam
siri TV Numbers.
Beberapa minit selepas kemenangan Obama
, Obama telah tweet kepada peminatnya dengan gambar beliau memeluk
isteri kesayangan beliau Michelle. Tweet Obama ini mendapat respon
yang begitu banyak sehingga memecah rekod dunia serta mengalahkan
tweet beberapa selebriti terkenal antaranya Justin Bieber.
Tidak sampai seminggu kemenangan Obama,
Ketua Pengarah CIA telah meletakkan jawatan, seorang Ketua Pengarah
CIA yang sebelum ini mengetuai tentera Amerika Syarikat yang
melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Adakah perletakan
Ketua Pengarah CIA yang tidak pernah berlaku sebelum ini ada kaitan
dengan kemenangan Obama? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jadi kepada pemimpin politik di
Malaysia, contohilah Obama, yang sepanjang kempen tidak melakukan
serangan peribadi, tidak mengingatkan rakyat agar mengenang jasa-jasa
mereka sebelum ini, sebaliknya mengajak rakyat bersama memacu negara
dengan perasaan kasih sayang terutamanya dengan keluarga sendiri,
isteri sendiri serta menerangkan secara terperinci dasar-dasar
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan