KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121120

Alhamdulillah anak se dapek 2A UPSR


Alhamdulillah anak saya dapat 2A 2B 1C dalam UPSR. Alhamdulillah dia tak ada lah lari menghilangkan diri seperti pelajar di bawah hanya kerana nama tak disebut dapat 5A. Alhamdulillah anak saya tetap solat 5 waktu tiap hari seperti biasa, pergi mengaji lepas Maghrib seperti biasa, dan sihat. Walaupun apa pun keputusan yang anak kita dapat dalam UPSR kita semua sebagai ibu bapa, guru perlu bersyukur kerana anak-anak kita adalah anugerah Allah yang tidak terkira nikmatnya.

Kepada mereka yang berminat menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama dengan minima kelayakan 2A bolehlah ambil borang di Sekolah Menengah Agama Rembau di pekan Rembau atau Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Gadong, Rembau.

Kelayakan untuk Sekolah Menengah Agama Rembau ialah minima 2A dan tanpa E dalam UPSR serta minimum 6A dalam UPKK dan tiada E untuk Arab, Tilawah dan Jawi.

Manakalan kelayakan untuk Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim ialah minima 2A dan tanpa E dalam UPSR serta cemerlang UPKK.

Untuk Sekolah Menengah Agama Rembau, asrama hanya disediakan untuk pelajar perempuan.

Untuk Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim asrama diwajibkan untuk semua pelajar lelaki dan perempuan.

Tarikh tutup menghantar borang permohonan ntuk Sekolah Menengah Agama Rembau ialah pada 27 Nov 2012 dan untuk Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim ialah pada 30 Nov 2012.

Ujian kelayakan ke Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim akan diadakan pada 1 Dis 2012.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat sekolah (jangan hubungi se, se tolong maklum yo) :

Sekolah Menengah Agama Rembau, Tel 06-6852404
Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Tel 06-4381411

KECOH BILA CALON UPSR MELARIKAN DIRI

JOHOR BAHRU – Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.

Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.

Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.

Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.

Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.

“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.


SBP HANYA MENAWARKAN TEMPAT KEPADA 7,657 PELAJAR CEMERLANG

KUALA LUMPUR - Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) cemerlang tahun ini terpaksa berebut kekosongan sebanyak 7,657 kekosongan di 107 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 di seluruh negara.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemilihan akan dibuat secara teliti termasuk mengambil kira pengambilan murid berdasarkan merit yang merangkumi pencapaian akademik, kokurikulum, pencapaian khas seperti aspek kepemimpinan dan status sosioekonomi keluarga.

Permohonan kemasukan ke SBP dan Sekolah Kawalan KPM bagi tahun 2013 boleh dibuat sejak 15 September lalu.

Sebelum ini, KPM tidak bercadang menambah tempat di SBP bilangan murid yang mencapai prestasi cemerlang dalam UPSR dan kokurikulum, semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Pada tahun lepas, permohonan ke Tingkatan 1 di SBP yang diterima oleh KPM ialah 99,765.

Tiada ulasan: