Malam tadi sebelum solat
Maghrib di Surau Taman Alamanda, Senawang, seorang saudara baru
(mualaf) tercari-cari sesuatu. Jemaah surau mengarahkan untuk
berjumpa saya. Mualaf tadi tanya ada tak imam, saya kata imam belum
sampai.
Mualaf tadi kata dia
perlukan tandatangan imam untuk borang bantuan Majlis Agama Islam
N.Sembilan. Saya perhatikan borang yang dia bawa, alamatnya dari
taman bersebelahan.
Saya kata pada
mualaf tadi , perlu tandatangan dari imam surau taman tempat dia
tinggal, kalau imam sini tandatangan mungkin permohonan ditolak.
Mualaf tadi kata,
penduduk di tamannya kata imam tempat dia sudah meninggal dunia.
Memang saya tahu tamannya beberapa bulan dahulu imamnya sudah
meninggal dunia, takkan tak ada pengganti lagi.
Lalu saya beritahu mualaf
tadi supaya pergi jumpa imam Masjid Bandar Baru Senawang pada waktu
zohor atau asar, kerana taman di sini adalah di bawah kariah Masjid
Bandar Baru Senawang.
Lepas solat jemaah
Maghrib, saya cari mualaf tadi, ingatkan dia tunggulah nak minta
bantuan lain ke, minta sumbangan ke. Rupa-rupanya dia dah nak pakai
selipar, nak balik rumah.
Saya tahan dia dan
beritahu, minta maaflah, imam sini tak dapat tandatangan, dan
ingatkan dia agar pergi jumpa Imam Masjid Bandar Baru Senawang.
Mualaf dengan
pakaian yang kusut masai tadi tak mengadu apa-apa pun nasib dia, atau
minta apa-apa bantuan. Bila ditanya baru dia kata dia kerja di Kuala
Lumpur, kejap ada , kejap tak ada kerja, ikut orang kerja. Ayah dia
pula kena stroke.
Lalu saya beri dia
RM10, pada mulanya dia menolak dan amat enggan menerima. Lalu saya
kata, ini hadiah, dia pun menerimanya dan terus berjalan kaki pulang
dengan segera.
Kepada mereka yang selalu
didatangi mualaf atau saudara baru, layanlah mereka dengan sebaiknya,
terutama mereka yang datang bukan untuk meminta-minta semata-mata.
1 ulasan:
banyak juga dugaan bukan islam nak masuk islam di malaysia negara majoriti umat islam ini. kawan tu dah pergi pejabat agama tapi ustaz pejabat agama cuma bagi borang. bantuan seciput birokasi bukan main banyak.
Catat Ulasan