KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110720

Ke mana arah tujuan pelajar matrikulasi yang gagal ke IPTA?



Ke mana arah tujuan pelajar matrikulasi yang gagal ke IPTA?
Utusan Malaysia 19 Julai 2011

IBU PRIHATIN
Pasir Gudang, Johor Bahru.

SAYA merupakan ibu kepada pelajar lulusan matrikulasi 2010/2011 yang mana keputusan kemasukan ke universiti untuk peringkat ijazah pertama sessi akademi 2011/2012 telah pun dikeluarkan 15 Julai lalu.

Anak saya tidak berjaya mendapat tempat di universiti yang ditawarkan walaupun melalui kelulusan beliau melayakkannya memohon kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan.

Beliau sudah pun membuat e-rayuan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi seperti mana disarankan.

Yang menjadi tanda tanya saya, ke manakah arah tujuan pelajar lulusan matrikulasi ini? Mereka berusaha dengan sepenuh usaha untuk mendapat pointer yang bagus dan lulus serta melayakkan mereka untuk menyambung pengajian tetapi gagal mendapat tempat ke universiti tempatan.

Semasa sessi penerangan dahulu, kami ibu bapa dimaklumkan tiada seorang pun pelajar matrikulasi terpinggir daripada mendapat tempat di universiti tempatan kecuali gagal sahaja dan dibuang kerana gagal mendapat keputusan yang baik.

Saya ingin meminta jasa baik pihak Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya peka dengan masalah yang dihadapi bekas pelajar matrikulasi.

Mereka ini berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi demi masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Tiada ulasan: