KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

20110726

Kisah sedih bekas tentera sebagai pekerja stesen minyak



Sedih mendengar rintihan Encik Amran bin Hamid merupakan seorang pesara tentera, mencebur diri dalam bidang usahawan di Hab Halal Melaka. Disebabkan beberapa faktor akhirnya beliau bekerja sebagai pekerja stesen minyak. Kepada para usahawan di Negeri Sembilan saya menyediakan perkhidmatan promosi perniagaan secara percuma.

Promosi ini dilakukan mengikut kemampuan masa saya di Blog Usahawan Negeri Sembilan dan Bazaar MAINS di http://usahawann9.blogspot.com/ dan http://bazaarmains.blogspot.com/

Saya sebagai anak pesara tentera amat memahami masalah yang dihadapi oleh Encik Amran dan pesara serta bekas tentera yang lain.

InsyaAllah , jika diizinkan, saya sedang berusaha untuk mengumpulkan beberapa teman untuk memberikan sedikit perkhidmatan khidmat nasihat kepada Veteran ATM sebagai pelengkap kepada JHEV dan PBTM untuk saya dedikasikan kepada arwah ayah saya Lt Kol (B) Hj Malakan bin Kamaruddin.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com/

APA TELAH JADI DENGAN KOMPLEKS MELAKA HALAL HUB SERKAM
Aduan Rakyat Online, 25 Julai 2011

Saya seorang pesara tentera dan telah membuat sewaan di kawasan Melaka Halal Hub Serkam amat terkilan dengan perkembangan dan sokongan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali kawasan tersebut tetapi rasa hampa kerana PKNM gagal mewujudkan Halal Hub sebagai satu kawasan industri IKS yang berdaya saing.

Sehingga sekarang Halal Hub Melaka boleh di isytiharkan sebagai rumah hantu dan rumah maut bagi penyewa-penyewa (usahawan Melaka).

PKNM juga gagal dalam mengimplimentasikan halal hub yang sebenarnya.

Banyak usahawan halal hub yang gulung tikar atas janji-janji kosong.

Sekarang ini saya bekerja di petrol pam sebab duit dah habis kononnya berniaga sendiri lebih baik tapi saya gagal. saya tak salah PKNM dan sesiapa sebab gagal saya disebabkan modal tak cukup.

Tapi fikirkan usahawan lain yang telah banyak melabur di kawasan Halal Hub Melaka.

Adakah mereka akan jadi macam saya?

Terima kasih.

Amran bin Hamid

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/apa-telah-jadi-dengan-kompleks-melaka-halal-hub-serkam

USAHAWAN YANG TELAH BERJAYA: IBU ZIZAH ENTERPRISE

PEMILIK : En. Amran Bin Hamid dan Puan Azizah Bt Mad Sah
SYARIKAT : IBU ZIZAH ENTERPRISE
PRODUK : IBU ZIZAH TROPICA (Kerepek Ubi)
TEMPAT : No. 127, Melaka Halal Hub Serkam
No. TEL : 017-7656451

Ibu Zizah Enterprise telah ditubuhkan pada 30 April 2010 dan telah mula beroperasi di PD 127, Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau. Syarikat ini diterajui oleh Encik Amran Bin Hamid yang merupakan bekas perajurid serta turut dibantu oleh isteri beliau, iaitu Puan Azizah Bt Mad Sah selaku Pengurus Operasi.

Ibu Zizah Tropica merupakan jenama bagi produk pelbagai kerepek ubi yang merupakan keluaran syarikat beliau. Ibu Zizah Tropica mempunyai 6 perisa berbeza iaitu Lada Hitam, Ubi Masin, Ayam, BBQ, Jagung dan Pedas telah diperkenalkan di pasaran.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Ibu Zizah Enperprise boleh menghubungi Encik Amran di talian 017-7656451 atau datang ke Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau di PD 127 Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau.

Sumber : http://www.pkpks.gov.my/home/2010/11/usahawan-yang-telah-berjaya-ibu-zizah-enterprise/

Tiada ulasan: