Baru-baru ini ternampak satu papan tanda gergasi di simpang tiga berhampiran bekas tapak Kem Paroi, Seremban. Papan tanda tersebut adalah satu usaha dakwah agar umat Islam melakukan ibadah berzakat. Sudah pasti bajetnya agak besar untuk meletakkan papan tanda gergasi yang berkonsepkan dakwah. Tetapi kenapa Pusat Zakat saja yang diberi peruntukan untuk melakukan dakwah melalui papan tanda gergasi?
Konsep dakwah melalui papan tanda gergasi ini harus diperluaskan di semua jabatan dan sektor dalam Majlis Agama Islam, terutamanya bahagian dakwah, bahagian kaunseling, bahagian mahkamah syariah, bahagian penguatkuasaan, bahagian persijilan halal dan seterusnya.
Saya fikir ketua sektor atau ketua di setiap bahagian tersebut bersetuju dengan konsep dakwah sebegini jika ada ongkosnya atau diberi peruntukan yang secukupnya.
Banyak mesej-mesej dakwah berunsur menyeru, mengajak, unsur positif boleh disampaikan melalui papan tanda gergasi ini yang amat jarang sekali kelihatan dewasa ini.
Mesej seperti solat berjemaah lebih baik, berjalan kaki ke masjid menyihatkan badan, berkahwin cara Islam mudah dan murah, mesej suami isteri penyayang, judi membawa sengsara dan sebagainya boleh disampaikan melalui papan tanda gergasi tersebut.
Berapa bajet yang diperuntukkan oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri untuk berdakwah melalui papan tanda gergasi, atau ianya hanya sesuai untuk mesej menggalakkan umat Islam menunaikan zakat?
Untuk melihat papan tanda gergasi tersebut sila ke http://waghih.blogspot.com/2011/08/zakatkan-semua-bukan-hanya-zakat-fitrah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan