KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110815

Apabila ketua adat tidak faham Adat Perpatih, rosak jadinya



Yang merosakkan Adat Perpatih ini ialah apabila pembesar-pembesar adat dan pihak berkuasa tidak faham mengenai Adat Perpatih. Pihak berkuasa, terutamanya kerajaan Negeri Sembilan, sekiranya ingin memartabatkan Adat Perpatih hendaklah memastikan pembesar-pembesar adat dan pengamal-pengamal adat faham Adat Perpatih ini, bukan ikut-ikutan semata-mata. Perlu ada bajet dan peruntukan kewangannya, perlu ada organisasinya yang tersusun, perlu ada sumber penerangannya, perlu laman webnya dan sebagainya.

Jangan dijadikan Adat Perpatih ini sebagai muzium dan pertunjukkan kebudayaan, cak lempong dan bongai semata-mata.

Dibawah ini artikel dari Blog Nagari Nan Tuo :

Sabtu yang lalu (13hb Ogos 2011) saya telah menghadiri tazkirah adat di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah. Kehadiran tidak begitu ramai tetapi banyak perkara baru dan isu-isu yang timbul mengenai adat.

Tazkirah bertajuk "Kepimpinan Pemimpin Adat" disampaikan oleh Prof Dato' Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, Ketua Jabatan Kesusasteraan UPSI di mana beberapa isu yang diperbincangkan seperti tanah, kerjan dan berkodin.

Isu tanah adat merupakan salah satu isu yang paling sensasi dan terhangat di Kuala Pilah ketika ini. Untuk pengetahuan semua, tanah-tanah adat telah diambil bagi projek melebarkan jalan dari Ulu Bendul - Tanjong Ipoh.

Saya difahamkan bahawa terdapat beberapa pampasan yang telah diambilalih pengurusannya oleh Amanah Raya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, perkara ini berlaku apabila penama-penama tanah tidak membuat pindah milik nama terhadap tanah tersebut. Perkara ini menjadi lebih rumit apabila penama telah meninggal dunia.

Di samping itu pula, Dato'-Dato' Lembaga tidak dipanggil di dalam mesyuarat di antara penama (pemilik tanah), pejabat daerah dan kontraktor menyebabkan perkara ini bertambah kelam kabut.

Sepatutnya, pembesar-pembesar adat dipanggil di dalam sebarang urusan tanah adat kerana khidmat nasihat dan tandatangan mereka diperlukan. Di samping itu, mereka boleh memberi nasihat kepada anak-anak buah mengenai duit pampasan yang diperolehi. Bagaimana pembahagiannya dan apa jua sebarang masalah yang timbul.

HARUS DIINGAT, APABILA SEKIRANYA TANAH ADAT TELAH BERTUKAR BENTUK KEPADA DUIT (DIJUAL ATAU PENGAMBILAN SEMULA), DUIT TERSEBUT HARUS DIBAHAGIKAN MENGIKUT FARAID.

Perkara ini tidak ramai yang mengetahuinya dan kebiasaannya, penama tanah tersebut akan ambil kesemua duit tersebut. Malah terdapat di kalangan Dato'-Dato' Lembaga tidak mengetahuinya.

Isu yang paling hangat di dalam perbincangan ialah isu anak angkat mendapat 2/3 bahagian tanah adat manakala individu yang berhak tidak mendapat sebarang bahagian.

Artikel penuh di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2011/08/kenangan.html

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..minta maaf sekiranya pendapat yang ingin saya utarakan ini tidak tepat. Saya bukannya orang NS, tapi pernah bermukim di sana dan hanya tahu serba sedikit mengenai adat perpatih. Memang lah pembahagian pusaka sepatutnya dibahagikan mengikut hukum faraid, walaubagaimanapun berkaitan dengan tanah adat ini perkiraannya amat rumit terutamanya jika harta tersebut telah melalui beberapa lapis keturunan..cuba fikirkan bagaimana cara pembahagiannya apabila pampasan diperolehi..kita ambil saja dalam setiap keturunan/lapis hanya ada seorang anak lelaki (L) dan seorang anak perempuan sahaja (P)..katakan harta tersebut berada dalam keturunan ketiga saja lah..kita mulakan dengan Ibu Bapa menurunkan penjagaan tanah tersebut kepada P1..P1 menurunkan kepada P2..P2 menurunkan kepada P3..(tanah diambil kerajaan dan di bayar pampasan)..P1 sepatutnya mendapat 1/3 sahaja..P2 mendapat berapa bahagian?..jika P2 meninggal dahulu dari suaminya (S2)..S2 mendapat 1/2 daripada 1/3 tadi..harta tersebut akan mengalir pula kepada waris2 S2..jika S2 meninggal dahulu..katalah anak lelakinya (LAS2P2) mendapat 2/3..anak perempuannya(PAS2P2) iaitu P3 mendapat 1/3..sekarang apabila pampasan dibuat P3 yang akan menerima nya..dari segi faraidnya..berapakah nilai yang patut diterimanya..cuba balik semula kepada lapis pertama tadi..sepatutnya adik beradik P1 iaitu L1 mendapat 2/3 bahagian..anak lelaki L1..LBL2I2 mendapat 2/3..anak perempuannya LBP2S mendapat 1/3..manakala isterinya mendapat 1/8..dan seterusnya..ini belum dikira yang mana meninggal dan kemudian..cuba renung2kan bagaimana pembahagian hendak dilakukan..tadi saya andaikan jika setiap keturunan/lapis hanya ada satu anak lelaki dan satu anak perempuan..jika lebih...bagaimana?..tersangatlah rumitnya...sehinggakan andaian dapat dibuat pada peringkat P3 itu mungkin boleh terputus jalur faraid nya..renungkan sekali lagi..cuba fikir berkali2..pada pendapat saya jika dapat dicari susur galur faraidnya..berfaraidlah..tetapi jika tidak jelas susur galur tersebut..(sah memang tak jelas lah)..pampasan tersebut patut diserahkan kepada baitulmal..wallahua'lam..MZE..

Tanpa Nama berkata...

pembetulan..

..ini belum dikira yang mana meninggal dahulu dan kemudian..wallahua'lam..MZE..