Ajal maut kita semua adalah ditentukan oleh Allah yang Maha Esa sejak dari dulu lagi. Kesedaran rakyat Malaysia mengenai bahaya petir masih kurang, sedangkan Malaysia adalah negara ketiga tertinggi di dunia yang banyak menerima panahan petir.
Koleksi beberapa kejadian panahan petir di Malaysia serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk meminimumkan risiko panahan petir terdapat di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Maut kena petir waktu guna telefon
Kosmo 21 Ogos 2011
Rosnah menunjukkan telefon bimbit yang digunakan Siti Munirah yang maut dipanah petir di Kampung Belimbing, Tanah Merah semalam.
TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.
Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.
Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.
Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.
Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.
“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan