Di bulan Ramadhan ini marilah kita sama-sama semak samada kita telah menunaikan kewajipan membayar zakat KWSP, wang simpanan, emas, saham, pendapatan dan sebagainya. Kalau tak faham cara pengiraannya, tanyalah pegawai zakat atau mereka yang arif. Sekarang ni sedang panas pelaburan emas. Pelaburan emas kalau lebih 85 gram wajib zakat, kalau emas untuk perhiasan wanita lebih 200 gram baru kena zakat.
Sumber : http://www.zakatns.com.my/
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Pada hari itu emas dan perak (harta benda yang dimilikinya) akan dibakar di dalam api neraka lalu diselar ke dahi mereka, rusuk mereka serta di belakang mereka (sambil dikata kepada mereka) : "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu rasakanlah azab yang pedih akibat dari apa yang kamu simpan" . (Surah Al-Taubah : Ayat 34-35)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1432H adalah RM 10,670.00
1. ZAKAT WANG SIMPANAN
Jika jumlah ini menyamai atau melebihi dari nisab tersebut, maka wajiblah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% iaitu (jumlah baki terendah x 2.5%)
2. ZAKAT SAHAM
2.5% atas tolakan terendah saham-saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham.
3. ZAKAT KWSP / INSURANS
Kaedah Pengiraan :
Zakat KWSP wajib dikeluarkan (sama ada ketika bersara, membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan) kadarnya ialah 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan.
Contoh.
Jika pencarum mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM15,000 maka zakatnya ialah RM375 (RM15,000 x 2.5% = RM375).
4. ZAKAT EMAS DAN PERAK
a) Emas Yang Disimpan
Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas tersebut.
Contoh Pengiraan :
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 nilai emas semasa, maka zakatnya ialah sebanyak :
RM 4,000 x 2.5% = RM 100
b) Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi 'URUF' (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau nilai lebihan uruf itu.
Sebagai panduan, buat masa ini uruf yang digunakan di Negeri Sembilan ialah 200 gram.
Contoh Pengiraan :
Seorang wanta yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 300 gram emas maka cara pengiraannya ialah :
= 300 gram (emas yang dipakai) - 200 gram (uruf)
= 100 gram x harga emas semasa (gram) = A
Jumlah zakat yang dikenakan = A x 2.5%
Nilai semasa emas di http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html
5. ZAKAT PENDAPATAN
Ada 2 cara mengira zakat pendapatan :
1) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (kalau pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab).
2) Atas pendapatan layak dizakat setahun (kalau pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab). Pendapatan layak dizakat setahun ialah pendapatan dari semua sumber setahun tolak perbelanjaan-perbelanjaan untuk perkara-perkara asasi setahun.
6. ZAKAT PERNIAGAAN
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

2 ulasan:
anda mempromosikan zakat malangnya beberapa hari lepas anda telah menulis artikel yang memburukkan institusi zakat tanpa usul periksa....Moral: Jangan percaya sgt laporan akhbar mungkin ada agenda tertentu lebih lagi tengah hangat isu gereja... so bertanyalah sendiri petugas zakat yang anda boleh hubungi hanya dengan jari jemari anda...
meletakkan gambar wanita minta duitgereja di sebelah gambar tanah pusat zakat adalah satu tindakan kurang profesional dan terburu-buru.... siasat dulu dan bertanyalah sebelum sebar berita... tangan anda akan berkata-kata di akhirat kelak jika salah tulis dan tulis dengan prasangka bukan dengan maklumat yang sebenarnya...
Catat Ulasan