KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110811

Ribut luar biasa Ramadhan kali ini



Ramadhan 1432 H / 2011 M pada kali ini negara kita ditimpa pelbagai bencana alam. Ribut luar biasa yang menerbangkan khemah-khemah di bazar Ramadhan seluruh negara , hinggalah kejadian tanah runtuh di Pahang. Semua ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa. 10 hari Ramadhan telah berlalu, siapa boleh jamin kita masih hidup hingga akhir Ramadhan untuk berhari raya?

Buatlah semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Kisah sebelum ini yang berlaku dua hari sebelum Ramadhan iaitu Bala melanda Port Dickson, jadikan sebagai iktibar di http://waghih.blogspot.com/2011/08/bala-melanda-port-dickson-jadikan.html

3 KHEMAH BAZAR DIPUKUL RIBUT

JEMPOL 10 Ogos 2011 - Peniaga bazar Ramadan berhampiran pusat perniagaan Kiara, Bahau dekat sini melalui detik-detik mencemaskan apabila tiga daripada 12 khemah yang menempatkan gerai mereka roboh dipukul ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika bazar tersebut dipenuhi orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.

Ribut dan angin kencang itu menyebabkan beberapa peniaga mengalami kerugian akibat pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman musnah.

Seorang peniaga, Mohd. Nazri Ali, 29, berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli minuman.

"Pada mulanya hujan turun dengan lebat dan diikuti angin yang kuat. Melihat keadaan itu, saya mula menutup barang jualan saya kerana takut terkena air hujan.

"Tiba-tiba, angin kencang melanda lalu memukul khemah peniaga di hadapan. Ia menyebabkan khemah diterbangkan lebih kurang lima meter," katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku begitu pantas ketika para peniaga sibuk menjual makanan dan minuman mereka.

Tambahnya, keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, pengunjung, Alwi Alias, 39, terkejut semasa tiba di bazar berkenaan selepas kejadian ribut itu apabila mendapati keadaan lintang-pukang di situ.

"Makanan dan minuman yang dijual peniaga musnah dan bertaburan di jalan. Kejadian yang sama juga berlaku di hadapan pusat perniagaan Billion di Bahau," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Tiada ulasan: