KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110823

Enam maut dipanah petir di Malaysia

Enam maut dipanah petir di Shah Alam. Angka ini yang teramai setakat ini yang maut dipanah petir pada satu ketika. Kesedaran rakyat Malaysia mengenai bahaya petir masih kurang, sedangkan Malaysia adalah negara ketiga tertinggi di dunia yang banyak menerima panahan petir.

Koleksi beberapa kejadian panahan petir di Malaysia serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk meminimumkan risiko panahan petir terdapat di http://kilatmalaysia.blogspot.com

ENAM KORBAN PANAH PETIR
Kosmo 23 Ogos 2011



SEORANG pekerja menunjukkan lokasi tempat tiga lelaki Indonesia maut dipanah petir di sebuah tapak pembinaan di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Enam lelaki Indonesia terkorban manakala lima rakan senegara mereka cedera akibat disambar petir dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Jalan Rektor, Glenmarie di sini dan sebuah kebun sayur di Sungai Choh, Hulu Selangor semalam.

Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika hujan lebat pada pukul 2.30 petang dan 2.45 petang.

Dalam kejadian di Glenmarie, tiga lelaki Indonesia maut manakala tiga rakan senegara mereka yang lain cedera.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai Hazarin, 29, Surady, 31, dan Mohd. Nasir, 46. Tiga lagi mangsa yang cedera belum dikenal pasti kecuali seorang mangsa wanita dikenali sebagai Som, 20.

Semasa kejadian, tiga mangsa yang terkorban berada di luar rumah kongsi mereka dan berdiri di dalam lopak air.

Petir dipercayai memanah ke kawasan lopak air tempat ketiga-tiga mangsa berdiri dan mengalirkan arus elektrik yang menyebabkan ketiga-tiga mangsa terkena rencatan dan mati di tempat kejadian.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Tiada ulasan: