KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110825

Kadar zakat bukannya 2.5 peratus sebenarnya



Terasa bodoh aku selama ini bila semalam dengar dalam Radio IKIM, seorang penceramah jemputan berkata kadar zakat kalau ikut tahun Masihi ialah 2.575%. Kadar zakat 2.5% ialah apabila cukup satu haul tahun Hijrah. Jadi untuk mudahkan kita ingat bila cukup haul, kita tunaikanlah zakat lain, pada bulan Ramadhan sekali dengan zakat fitrah, samada zakat saham, zakat perniagaan, zakat emas, zakat pendapatan dan sebagainya.

Rasanya ramai antara kita belum bayar zakat-zakat di atas, jadi masih belum terlambat. Jangan nak kejar bayar zakat fitrah, kejar Lailatul Qadar, kejar kuih raya. Yang zakat ni kejar dulu, mana tahu selama ini kita terlupa, terlepas haul, terkurang peratus zakat yang dibayar.

Rujukan :

Kadar zakat 2.575% karena menggunakan penghitungan haul kalender Masehi http://www.qultummedia.com/kalkulator/kalkulator/profesi_gaji_m.html

Haul: Possession of the assets for one Hijrah year or 355 days.
http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Zakat/Zakat%20Business%20Brochure(1).pdf

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ITU PENDAPAT PENCERAMAH... KITA DOK KAT NS NI IKUT LA FATWA NEGERI SEMBILAN KADAR ZAKAT HANYA 2.5 %... KATA ORANG 'BIAR KITA TAK PANDAI TAPI JANGAN MEMANDAI MANDAI' KEMUDIAN MENGELIRUKAN UMAT ISLAM....

sc.zaharudin berkata...

Salam.

Rasanya silap calculator tu. coz zakat gaji bukan 2.575 sebab dia tak pakai haul.

Zakat yang 2.575 hanyalah zakat trading (tijarah) yang guna haul dan hanya untuk syarikat yang ada Formal Financial Statement yang pakai tahun masehi.