Pada Sabtu 30 Julai 2011 yang lalu satu ribut yang begitu luar biasa telah melanda Port Dickson terutamanya sekitar Batu 4 dan kem tentera Pusasda. Pokok-pokok besar tumbang, banyak kereta yang remuk, kubah menara masjid jatuh dan pelbagai kemusnahan yang begitu dahsyat.
Marilah kita sama-sama menjadikan musibah tersebut sebagai satu iktibar untuk kita memperbanyakkan lagi amal ibadah di bulan penuh barakah ini, banyakkan bertaubat. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Banyakkan Amar Maaruh, Nahi Munkar, menyeru kepada kebaikan, mencegah kejahatan.
Sila baca artikel mengenai Titik Gempa Bumi yang semakin menghampiri Malaysia http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html . Hanya ALLAH sahaja yang mampu menghalang atau menangguhkannya.
Beberapa gambar dahsyat kemusnahan akibat ribut di Port Dickson di http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/07/ribut-di-port-dickson-renungan-buat.html
MPPD PERLU KOS BESAR BAIKI HARTA AWAM MUSNAH RIBUT
SEBUAH kenderaan dihempap pokok yang tumbang selepas ribut ketika menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Perdana di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, baru-baru ini.
Utusan Malaysia , TELOK KEMANG 3 Ogos 2011 - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dijangka memerlukan kos yang besar untuk membaiki harta awam dan harta individu yang musnah selepas berlaku angin ribut di sekitar bandar ini Sabtu lalu.
Yang Dipertuanya, Abdul Wahab Shamsuddin berkata, berdasarkan anggaran awal yang dilakukan, pihaknya menjangkakan jumlah kerosakan bernilai RM500,000 yang melibatkan lampu isyarat, papan tanda dan kemudahan-kemudahan lain.
"Pelaksanaan bagi membaik pulih jalan utama telah dijalankan bermula Sabtu lalu dengan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Bomba dan Penyelamat, anggota tentera dan kontraktor yang dilantik.
''Bagi kawasan pedalaman pula, kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan secara berperingkat dan ia sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Abdul Wahab turut menjelaskan, pihaknya turut menganggarkan sejumlah RM200,000 bagi kerja-kerja pembersihan kawasan yang dilanda angin ribut selain kos membaik pulih yang dijangka bernilai RM400,000.
Kata beliau, MPPD turut membeli peralatan mesin pemotong pokok pelbagai jenis sebagai tambahan bagi mempercepatkan proses pemotongan pokok-pokok besar yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan melibatkan kos sebanyak RM11,000.
''Kita cuba melakukan apa juga tindakan bagi kepentingan orang awam dan kita berharap orang ramai dapat bersabar kerana tindakan susulan masih dilakukan,'' katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan