KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110208

Sejarah Kem Paroi Seremban, ramai tak tahu, jangan terkejut


Generasi muda anak-anak kita tak tahu mengenai Kem Paroi di Seremban. Yang mereka tahu Kem Paroi hanya tinggal tapak kosong yang sepatutnya dibangunkan menjadi sesuatu entah apa. Saya masih ingat lagi Kem Paroi ini menempatkan Rejimen Artileri dan Sekolah Artileri.

Tak sangka pula Kem Paroi ini pada tahun 1960an menempatkan Unit Udara Tentera British iaitu 2 Flight Army Air Corp. Patutlah tapak kem tu nampak macam landasan kapalterbang.

Tak pernah saya jumpa gambar-gambar mengenai sejarah Kem Paroi ini.

TAPI saya terjumpa satu Blog, malangnya bukan dibuat oleh Rakyat 1Malaysia tapi oleh Mat Saleh yang berkhidmat dengan 2 Flight Army Air Corp.

Mat Saleh pula lebih menghargai warisan sejarah di Negeri Sembilan. Tak percaya tengok pelbagai gambar menarik di Kem Paroi dan sekitar Seremban di Blog Mat Saleh ini di http://twoflight.blogspot.com/

Sebelum ini saya menyaksikan pemainan kapalterbang dan roket air di tapak Kem Paroi ini. Tak sangka pula ianya ada kaitan dengan Unit Udara Tentera British. Kisahnya pada blog saya sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/01/pertunjukan-roket-jet-kapalterbang-tiap.html

Sesungguhnya kita mempunyai banyak harta karun di Negeri Sembilan, tetapi kita tidak pandai menghargainya seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2010/11/lokasi-harta-karun-terbiar-di-nsembilan.html

3 ulasan:

Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan berkata...

assalamualaikum,
Antara pemilik kedai yang menjual permainan alat kawalan jauh ini juga adalah usahawan yang memiliki premisnya di Seremban Plaza!

Sila tekan link berikut untuk sedikit info pemilik kedai tersebut!!

http://pusman9.blogspot.com/2011/01/rc-hobby-fly.html

terima kasih

shahpaskal berkata...

wow, den pun tak tahu stadium paroi ni tapak airport. Terima Kasih bro, patutnya kerajaan negeri atau muzium letaklah plak sejarah yang menceritakan asal usul tempat tu...

azack29 berkata...

Tapak stadium paroi adalah adang bola kem paroi...