"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20110209
Melayu kudung tangan pertahan pegawai British dari Jepun
Melihat kembali blog bekas tentera British dari 2 Flight Army Air Corp yang pernah berkhidmat di Kem Paroi , Seremban pada tahun 1960an terdapat gambar yang menarik perhatian saya yang sepatutnya menjadi perhatian pihak kerajaan Negeri Sembilan, Muzium Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Gambar pertama ialah gambar seorang lelaki Melayu yang dikatakan penjaga Muzium Negeri ketika itu – yang hilang/kudung tangan kanannya semasa mempertahankan pegawai British dari serangan Jepun. Siapakah lelaki Melayu tadi, masih hidupkah dia, jika dia sudah tiada, siapa warisnya?
Gambar yang dimaksudkan pada pautan berikut http://twoflight.blogspot.com/p/around-seremban.html
Harap mana-mana pihak jangan ‘copy paste’ gambar dalam blog tersebut tanpa kebenaran pemiliknya, kerana gambar tersebut adalah amat-amat eksklusif.
Hormatilah hak pemilik blog.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan