"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20110222
Bernazar sedekah untuk mangsa penipuan, kecurian, rompakan
Kes penipuan, gores dan menang, pukau semakin menjadi-jadi sekarang. Sebelum ini ayah saya pun hampir menjadi mangsa, syukur ketika itu duit dalam bank ayah ketika itu RM10 sahaja, lepas tu terus tukar akaun bank. Kawan saya pun pernah menjadi mangsa penipuan kononnya hutang kad kredit tak bayar, lesap RM7000 sekelip mata dari ATM.
Minggu ni emak menceritakan saudaranya juga mangsa penipuan gores dan menang. Habis lebih RM 20,000 wang simpanan dalam bank dan barang kemas.
Walaupun laporan polis dibuat , namun harapan untuk mendapatkan kembali wang dan barang kemas dan tertangkapnya penjenayah tersebut amat nipis.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah mohon pertolongan Allah melalui doa dan solat hajat. Sebaiknya oleh mangsa sendiri, boleh juga dilakukan bersama orang yang alim dan soleh.
Antara usaha lain yang jarang kedengaran orang kita lakukan ialah bernazar.
Lalu saya cadangkanlah kepada emak saya agar memberitahu saudaranya supaya bernazar, jika dapat kembali wang dan barangan kemas tersebut sebahagian dari barangan yang dipulangkan tadi disedekahkan atau dihadiahkan untuk tujuan kebajikan, rumah anak yatim, surau, masjid, sekolah tahfiz, sekolah agama, golongan fakir miskin yang memang memerlukan bantuan.
Kalau dapat RM 20,000 , sedekahkan RM 10,000 sebagai contoh.
Carilah, banyak sekolah tahfiz, surau, masjid, golongan fakir miskin yang amat daif dan sentiasa memerlukan bantuan.
Kalau tidak dapat kembali wang kita yang hilang itu, bersangka baiklah, insyaAllah, solat hajat kita, doa kita dan nazar kita itu adalah merupakan amalan baik, semoga Allah membalas dengan kebaikan di akhirat usaha kita tadi.
Yakinlah, jika penjenayah tersebut terlepas dari polis dan mahkamah di dunia, dia pasti tidak akan terlepas dari polis, hakim dan mahkamah di akhirat.
Jenayah, gejala sosial, sakit mental semakin menjadi-jadi di Malaysia, walaupun pelbagai usaha pencegahan dilakukan, sesekali jangan dilupakan kaedah Islam.
Polis di Malaysia ini yang beragama Islam haruslah sentiasa memohon pertolongan Allah agar kadar jenayah di Malaysia ini akan berkurangan selain melakukan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
salam, saye pn baru terkena.. habis duit simpanan saya 3200. yang sedihnya, penipu tu semuanya melayu, anak melayu..ambil kesempatn diatas sikap orng yg lurs..utk pengetahuan, sy adlh seorng yg lurus bendul, mudah percy dn tidk bersangka buruk keatas orng lain.. puas sy menangis, berdoa, buat solat hajat spy duit itu dpt dikembalikan kpd sy..semuanya sy serah kpd Allah yang maha mengetahui..
014-8388572
call khoo...
014-8388572
dia boleh dapat kan duit balik.
i pun sama .. i bayar 12300.
Catat Ulasan