Pelajar Universiti Yaman minta bantuan
Harakah 13 Feb 2011
KUALA NERUS : Seorang pelajar jurusan Pengajian Islam di Universiti Sains dan Teknologi Yaman memohon sumbangan orang ramai untuk membiayai pengajiannya di negara tersebut.
Muhammad Fadlullah Abdul Razak, 22, dari Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu ialah pelajar lepasan Ma’ahad Darul Quran (MDQ), Rusila, Marang. Anak keempat dari Sembilan adik-beradik ini berazam menamatkan pengajian selama empat tahun di universiti berkenaan.
Setelah dua tahun berlalu, keluarganya menghadapi masalah kewangan apabila bapanya Abdul Razak Embong, 53, pekerja Radicare mengidap sejenis penyakit dalam perut.
Manakala, ibunya Noriah Salleh, 49, pula suri rumah sepenuh masa yang masih mempunyai tanggungan yang ramai. Kata Noriah, jika tidak ada mana-mana pihak yang sedia membantu anaknya bagi menampung kos pengajian, Muhammad Fadlullah terpaksa menghentikan pengajiannya.
“Saya selama ini berusaha sedaya upaya untuk membiayai pengajiannya di sana (Yaman) yang hanya tinggal dua tahun lagi. Keluarga sudah tidak terdaya untuk membantu kerana keadaan kami yang daif, ayahnya pula selalu sakit dan anak-anak masih ramai bersekolah,” ujar Noriah kepada Harakah.
Namun, katanya Muhammad Fadlullah masih bersemangat untuk belajar meskipun terpaksa ‘mengikat perut’ demi pelajaran.
Harakah dimaklumkan segala kos pengajian ditanggung sendiri keluarga pelajar berkenaan tanpa pembiayaan atau pinjaman kerajaan negeri.
Antara keperluannya, kos sewa rumah RM300 sebulan, makan-minum RM200, perbelanjaan lain RM100 dan yuran pengajian RM3,500 setahun.
Sehubungan itu mana-mana pihak yang sudi membantu Muhammad Fadlullah boleh menghubungi keluarganya di talian 014-8035580 atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun BSN 1110 0290 0096 1552 atas nama Muhammad Fadlullah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan