Persatuan Dyslexia Seremban telah berpindah ke : No. 646 Lavender Heights 7, Lavender Heights Senawang, Seremban, N.Sembilan
No.Tel: ( Off ) 06-6753657 / 017-3017428 (HP)
PROGRAM YANG DISEDIAKAN :
Teknik Pembelajaran “One To One” ( dari umur 4 hingga 16 tahun )
- Bahasa Malaysia Pembacaan/Kefahaman
- Bahasa Inggeris Pertuturan/Kefamahan
- “Motorskill” untuk ketajaman minda
- Bilangan murid yang kecil semasa sesi pembelajaran
Ujian Pendidikan dan Psikologi
Seminar dan Bengkel
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan.
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan