Kita hendaklah berfikiran terbuka. Al maklumlah dunia tanpa sempadan sekarang. Kita mesti sedia dikritik dan mengkritik. Sedia memberi pandangan dan sedia mendengar pandangan orang lain. Mendengar pandangan orang lain tidak semestinya kita setuju dengan pandangan dia. Yang penting ialah usaha dakwah, usaha penerangan mesti diteruskan sepanjang waktu dan istiqamah. Tak guna nak kawal-kawal media, internet, twitter dan sebagainya.
Siapa yang bijak dan berhemah dalam usaha dakwah dan penerangan, insyaAllah akan diterima masyarakat secara global dan lokal , iaitu glokal.
Berbalik kepada tajuk Orang Islam Yang Sengaja Tinggal Sembahyang Wajib Dibunuh. Ini bukan ajaran baru, ajaran sesat, ajaran mazhab baru. Ini dari kitab lama, Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi terbitan Dewan Pustaka Fajar yang dijual secara sah di pasaran , di kedai-kedai buku.
Apakah dengan tajuk seperti ini maka orang Islam yang tidak sembahyang akan bangkit dalam tunjuk perasaan kerana menghina dan mengancam mereka? Apakah perlu diadakan perundingan agar buku ini ditarik dari pasaran? Diancam untuk dibakar buku ini macam Novel Interlok?
Bab hukum bunuh mereka yang sengaja tinggal sembahyang terdapat dalam kupasan Hadith ke 8 mukasurat 164-165 yang diterangkan oleh Ustaz Dato Haji Arshad Abdul Samad Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarih N.Sembilan pada kuliah Maghrib Jumaat 4 Feb 2011 di Surau Taman Alamanda, Senawang.
Tiga Imam Mazhab berpendapat mereka yang sengaja tinggal sembahyang wajib dibunuh iaitu Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad. Sementara Imam Hanafi mengatakan tidak wajib bunuh , tapi wajib dipenjarakan.
Nampaknya hukum tinggal sembahyang ini lebih berat dari mereka yang mencuri. Kalau mencuri potong tangan je, tapi tinggal sembahyang di hukum bunuh.
Nampaknya kita lebih suka bincang hukum yang remeh temeh (bukan tak boleh) seperti hukum bersalam tangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim dengan berlapik atau tidak berlapik, tetapi tidak menjadikan hukum tinggal sembahyang sebagai perbahasan utama di media cetak dan media elektronik.
Kita ambil mudah pelajar-pelajar dan guru-guru yang meninggalkan sembahyang subuh, asar dan maghrib kerana terkejar-kejar masuk kelas jam 7.20 pagi, keluar rumah orang belum azan subuh lagi. Tapi terlalu ambil berat untuk mencapai PMR dan SPM cemerlang. Bukan tak boleh, tapi seimbangkan dengan solat yang wajib itu.
Maka tidak hairanlah gejala sosial, gejala maksiat, gejala buang bayi, gejala dadah dan sebagainya tidak terkawal lagi, kerana kita mengabaikan perkara paling utama iaitu solat dan membincangkan hukum meninggalkan solat.
Tepuk dada , tanya iman.

1 ulasan:
mohon share
Catat Ulasan